CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Sarawak] Suri rumah di Miri rugi RM5,900 ditipu Macau Scam

[Copy link]
Post time 3-3-2022 11:32 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang suri rumah di sini kerugian RM5,900 selepas menjadi mangsa terbaharu sindiket Macau Scam pada Isnin lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 23 tahun semasa berada di rumah di Kampung Batu Satu, Kuala Baram menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali.

“Dalam perbualan telefon tersebut, pemanggil memaklumkan mangsa mempunyai hutang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM36,600.90 atas nama sebuah syarikat yang didaftarkan menggunakan namanya.

“Selepas itu, panggilan itu disambungkan kononnya kepada pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan seterusnya disambungkan kepada pihak bank negara,” kata sumber.

Dalam kejadian ini, mangsa telah memberikan segala butiran diri dan dokumen banknya kepada pemanggil terbabit yang mengaku pihak daripada Bank Negara.

“Namun setelah mangsa membuat semakan melalui perbankan atas talian didapati sejumlah RM5,900 telah dipindahkan ke salah satu nombor akaun.

“Mangsa bertindak menghubungi semula nombor terbabit dan dia terkejut apabila dimaklumkan dirinya telah ditipu,” ujar sumber.

Susulan kejadian terbabit, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Lutong untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah panik atau merasa cemas apabila menerima panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka dari mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan.

Segera tamatkan panggilan tersebut dan buat semakan dengan pihak berwajib melalui nombor telefon yang sah atau hadir sendiri ke jabatan atau institusi berkenaan untuk membuat pengesahan serta jangan sesekali menghubungi nombor-nombor telefon yang diberikan oleh suspek.

Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui ‘Check Scammers CCID’ atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Orang ramai juga boleh berhubung dengan 'CCID Scam Response Center' melalui talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp atau SMS) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung kes-kes jenayah dalam talian.


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062469 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list