CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dakwa bunuh rakan sendiri ketika minum arak

[Copy link]
Post time 3-3-2022 11:30 PM | Show all posts |Read mode


SIASAT: Suspek menyerah diri Balai Polis Sentral Sibu, petang semalam.

SIBU: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh rakan sendiri semasa sesi minum arak di sebuah rumah terbengkalai di Jalan Camar dekat sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Dr Collin Babat berkata, kejadian itu terbongkar apabila seorang lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 50-an menyerah diri ke Balai Polis Sentral Sibu pada jam 4 petang semalam.

"Suspek memaklumkan kepada polis bahawa dia dan rakannya bersama dua lagi lelaki sedang minum arak atau 'langkau' sebelum satu pertengkaran tercetus antara mereka sekitar jam 12 tengah hari semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, suspek memberitahu bahawa mangsa hendak membunuhnya ketika mereka sedang bergaduh menyebabkan dia bertindak mengambil objek tumpul dan memukul kepala mangsa.

Susulan itu, polis diiringi suspek telah pergi ke lokasi kejadian pada jam 4 petang itu di mana mangsa ditemui terbaring berlumuran darah.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," tambah beliau.


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.312250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list