CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Medan dirancang bagi atasi kesesakan pesakit COVID-19 di Miri

[Copy link]
Post time 3-3-2022 11:28 PM | Show all posts |Read mode


WAJAR: Lee (dua kanan) menerima pelan pembinaan Hospital Medan Miri daripada Dr Jack disaksikan rombongan selepas mesyuarat di Miri, hari ini.

MIRI: Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah merancang penubuhan Hospital Medan Miri yang mempunyai kapasiti 100 katil.
Perkara itu diumumkan Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Dato Sri Lee Kim Shin ketika mempengerusi mesyuarat di sini, hari ini.

Mesyuarat membincangkan cadangan lokasi seterusnya melawat tapak projek.

"JPBB Miri telah bercadang untuk membina Hospital Medan separuh kekal di Miri sebagai satu persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kelonjakan kes COVID-19 di Bahagian Miri pada masa akan datang," jelas Lee.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan berkata, penubuhannya adalah untuk mengurangkan masalah kesesakan pesakit COVID-19 di Hospital Miri.

Beliau memberitahu, Hospital Miri sekarang adalah hospital rujukan untuk pesakit dari Limbang, Lawas dan Marudi.

"Hospital Medan Miri ini akan memberi kemudahan kepada pihak hospital untuk memantau situasi pesakit COVID-19 khasnya Kategori 3 dan Kategori 4, dan mengasingkan wad pesakit COVID-19 dan pesakit biasa," jelasnya.

ADUN Senadin itu memberitahu, perancangan penubuhan Hospital Medan ini kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan yang seterusnya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datu Ik Pahon Joyik, Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Datuk Clarence Rorote Sagan dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.


utusanborneo.com.my/2022/03/03

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057256 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list