CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 13

'Angkut' Dua Bot, Ardell Aryana Redah Banjir Pantai Timur

[Copy link]
Post time 3-3-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Tekad membantu mangsa banjir di pantai timur, Ardell Aryana bersama tiga lagi sukarelawan menuju ke Terengganu semalam, sebelum dijadualkan meneruskan misi sama di Kelantan.


Katanya, dengan membawa bersama dua bot gentian kaca, mereka mengagihkan makanan dan barangan keperluan asas kepada 120 keluarga yang terputus bekalan sebaik kawasan kediaman mereka dinaiki air bah.




Foto: IG




“Bantuan (banjir) sangat kurang di Pantai Timur tidak seperti di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum ini.


Kami yang pertama masuk ke kampung ini kata seorang pakcik . Setiap tempat jauh ke dalam.








“Bukan mudah nak sampaikan bantuan ke dalam (kawasan kampung) yang memerlukan sampan sebab di bahagian tengah air masih tinggi paras pinggang.


“35% hasil dana kami dapat beli barang keperluan untuk 120 keluarga di dua kampung. Semoga kita sama-sama bantu mereka. Terus kuat orang pantai timur,” katanya.


Pemilik nama sebenar Nurul Hidayah Mohd. Amin yang juga isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa itu turut berterima kasih kepada penduduk kampung yang membantu pasukan kecilnya memunggah barangan dibeli selain melancarkan urusan agihan.




  



Difahamkan, mereka yang menuju ke Hulu Terengganu dari Kuala Lumpur terus membeli barangan keperluan di pasaraya di daerah berhampiran sebelum menaiki bot ke kawasan sasaran untuk proses pengagihan hingga tengah malam tadi.


Antara barangan hasil sumbangan orang ramai yang dihantar menaiki bot termasuk beras, telur, sardin, gula kicap, mi segera serta tuala wanita.


Terdahulu, Polis Terengganu sejak Khamis minggu lalu mengenal pasti sebanyak 25 kampung dalam lima zon daerah Hulu Terengganu terjejas teruk dengan membabitkan seramai 1,432 mangsa.


Situasi berkenaan dikatakan serius memandangkan paras air boleh mencecah sehingga ke bumbung selain 14 jalan utama terputus hubungan dan hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot termasuk ke Empangan Kenyir.




  



Sementara itu, Ardell turut berkongsi rasa sebak melihat situasi dilalui orang kampung terutama di kawasan yang sukar dimasuki tanpa menggunakan sampan atau bot.


Malah ketika sampai pada siang harinya, bintang XX Ray III itu juga berkongsi pengalaman bertembung pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi mencari seorang mangsa banjir yang dipercayai lemas.


Selain berterima kasih kepada penduduk setempat, Ardell juga melayangkan rasa syukur terhadap sokongan penyumbang hingga membolehkan keperluan asas dapat diberikan segera kepada individu memerlukan.




  



Hakikatnya, pelakon berusia 31 tahun itu bukan asing dalam melaksanakan kerja kebajikan apabila sebelum ini kerap turun padang hingga ke Sabah dan luar negara bagi melaksanakan misi kemanusiaan.


Akhir tahun lalu, Ardell yang merupakan ibu kepada seorang anak ‘berkampung’ di Syria bagi mengikuti misi bantuan musim sejuk bersama badan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nama Nurul Hidayah, mcm mana boleh dpt Ardell Aryana..…. btw, kisah dia dulu sakit tu sampai berkerusi roda..bila sembuhnya ya?ingat2 lupa pulak kisah dia sakit nie...yg ingat tangan gigil2 nak salam dengan somi nyehhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal gigi dia Kaler pelik? Dia pakai braces ke? Macam dah lama beno braces dia ni.. nak lawan gigi besi Shahir ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
holothurian replied at 3-3-2022 04:56 PM
nama Nurul Hidayah, mcm mana boleh dpt Ardell Aryana..…. btw, kisah dia dulu sakit tu sampai berker ...

Lah..nama betul marhain je..tp nama glam kemain
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kagum dengan dia nih bab buat keje sukarelawan, macam bujang takde laki dan anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:16 PM | Show all posts
35% dari dana beli keperluan utk bantuan...yang selebihnya buat apa ye?????
Memangla ada cost pengurusan...tapi tak kan sampai 65%......
Tanya aja..nak tau sebab ramai yg suka buat kerja bantuan2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2022 06:38 PM | Show all posts
Ok, x mampu nk cakap mende yang positif.
So aku x mo komen
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
uori: kagum dengan dia nih bab buat  ...

Bermakna dia dapat pasangan yg memahami. Kalau tak silap husband dia ni BFF sebelum kawen kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt 30% apadehal... Tu kalau betul 30% utk pengurusan.. better minta audit report bg perincian..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni convert kan? so nama nurul hidayah nama baru? macam stacey nama umul syaikah gitu… sorry kalau i salah. tak kenal dia tapi pernah baca sini gambar heshe pakai bikini zaman2 sblm convert (or maybe i salah baca?)
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:20 PM | Show all posts
SANKURIANG replied at 3-3-2022 06:16 PM
35% dari dana beli keperluan utk bantuan...yang selebihnya buat apa ye?????
Memangla ada cost pengur ...

Aiol ikut volunteer sbb ni je krja yg pnggil blik, yg lain lngsung x pnggil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:26 PM | Show all posts
okay kali ni cerita dia
bukan pasal meroyan tinggal anak nak p berjihad
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong: dia ni convert kan? so nama nu ...



Dia Islam. Mak dia yg convert kalau tak silap I lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I duk ganu ..pd i..i lebih suka org bg bantuan kewangan utk mangsa2 banjir ni tapi itu pd i lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.094154 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list