CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1920|Reply: 1

Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan

[Copy link]
Post time 3-3-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan

Mac 3, 2022 @ 10:48am



Pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar Selangor, Terengganu, Butterworth dan Kuantan. NSTP/IHSAN TUDM



KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan kesiapsiagaan bagi aset udara bermula hari ini hingga 7 Mac membabitkan kawasan sekitar Selangor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang latihan berlangsung, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar Selangor serta Pangkalan Udara Gong Kedak di Terengganu, Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang dan Pangkalan Udara Kuantan di Pahang.

"Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiapsiagaan dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama turut memaklumkan latihan diadakan itu bagi menilai kecekapan anggota dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

"Latihan ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiapsiagaan aset TUDM bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama yang membabitkan pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter," menurut kenyataan itu. – BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 12:47 PM | Show all posts
pg td lalu syoknye dgr bunyi jet.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068412 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list