CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 02/03/2022

[Copy link]
Post time 2-3-2022 08:15 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,236 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 343,948 kes. Sebanyak 24 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tujuh (7) kes di Penampang, empat (4) kes di Kota Kinabalu, tiga (3) kes di Sandakan, dua (2) kes di Kudat serta Ranau dan masing-masing satu (1) kes di Kuala Penyu, Telupid, Kinabatangan, Tawau, Nabawan dan Keningau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 4,297 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 297,926 orang. Manakala 1,596 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,006 orang di hospital, 572 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 16 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 75 orang merangkumi 66 di ICU/repurposed kritikal care serta sembilan (9) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah merekodkan sedikit peningkatan jangkitan baharu hari ini sebanyak 78 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu sebanyak 2,236 kes. JKNS menjangkakan jumlah kes baharu dalam beberapa hari akan datang akan berlegar di sekitar angka kes hari ini, sama ada meningkat sedikit ataupun turun sedikit. Kadar atau nilai RT semasa di Sabah semakin stabil pada 1.0.

b. Satu (1) kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Kiulu yang berlokaliti di Tuaran diisytiharkan tamat hari ini oleh pihak JKNS. Dengan itu, jumlah klusterkluster yang masih aktif di Sabah berbaki 41 kluster.

c. Tujuh (7) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka iaitu Kota Kinabalu 781 kes, Tuaran 170 kes, Penampang 138 kes, Kota Belud 113 kes, Papar 110 kes, Keningau 108 kes dan Tawau 103 kes. Sebanyak 17 daerah pula mencatatkan kes dua (2) angka, manakala tiga (3) daerah lagi iaitu Kunak, Semporna dan Kalabakan mencatatkan kes satu (1) angka sahaja.

d. Sebanyak 2,217 atau 99.16% daripada 2,236 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lapan ( kes dalam Kategori 3, lapan ( kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

e. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 51,049 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5- 11 tahun yang layak divaksin. Sebanyak 301 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 168 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

f. Selamat menjalani peperiksaan SPM 2021 kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang bermula hari ini. Moga saudara-saudari mencapai kerjayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Amatlah diharapkan agar guru-guru dan pelajarpelajar mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049037 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list