CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Sabah] 42,097 wanita mendapat Inisiatif BAIDURI di Sabah

[Copy link]
Post time 1-3-2022 11:33 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Hajiji (dua kiri) menyerahkan replika cek kepada Pengurus Besar Jabatan Penguatkuasaan KWSP, Julpadya Sooma (kanan) pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 42,097 wanita mendapat manfaat bagi inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-SURI atau BAIDURI yang membabitkan peruntukan sejumlah RM2,525,820.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, BAIDURI yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Belanjawan 2022 adalah bukti keperihatinan kerajaan dalam membantu golongan wanita di negeri ini.

Katanya, ia adalah bantuan kerajaan negeri dalam bentuk dana awal caruman KWSP secara one-off berjumlah RM60.00 seorang kepada wanita dalam kategori e-Kasih yang disasarkan.

“Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

“Dengan melaksanakan inisiatif BAIDURI ini kerajaan negeri telah memberi peluang wanita e-Kasih ini mendapat manfaat sebanyak RM480 seorang daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya berharap pelaksanaan inisiatif ini memberi peluang kepada golongan wanita terutama sekali suri rumah untuk menceburi bidang perniagaan dan membantu mereka menikmati keselamatan sosial yang berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP yang lain,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-SURI (BAIDURI) di sini, hari ini.

Katanya, antara manfaat yang lain dengan inisiatif BAIDURI ini ialah memberi perlindungan kehidupan luas kepada wanita, bukan setakat simpanan persaraan, tetapi kemudahan lain seperti bantuan hilang upaya, bantuan kematian serta pengeluaran caruman pada usia 50, 55 dan 60 tahun dengan e-Kasih.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata kerajaan GRS prihatin terhadap pembangunan wanita, malah dalam belanjawan setiap tahun golongan itu tidak terkecuali untuk mendapat peruntukan khas demi untuk memperkasakan wanita di negeri ini.

“Kerajaan negeri amat mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita bukan saja dalam sesebuah keluarga tetapi juga sebagai nadi kepada pembangunan masyarakat serta negara. Peranan mereka dalam pembangunan negeri adalah amat signifikan.

“Sebab itu, bagi menghargai sumbangan besar kaum wanita, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM17.61 juta untuk pelaksanaan program pembangunan wanita, dalam Belanjawan 2022,” katanya sambil menambah bahawa kesejahteraan wanita akan akan terus dibantu terutama mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Beliau turut meminta semua wanita agar sentiasa peka terhadap setiap perubahan, memanfaatkan peluang yang disediakan, menimba seberapa banyak ilmu dalam apa juga program yang dilaksanakan kerajaan.


utusanborneo.com.my/2022/03/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072765 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list