CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 59400|Reply: 61

Pendapat anda tentang Suzuki Shogun 125

[Copy link]
Post time 2-9-2010 04:06 PM | Show all posts |Read mode
salam,
aku berkenan dgn model shogun baru ni
aku rasa mcm nak beli sbb risiko kecurian sgt kurang & aku pernah bwk member aku punya,
mmg smooth la enjin & pikap.


sedikit info psl shogun dari duniamoto.com

Review Suzuki Shogun 125SP Dan 125RR

Salam kepada semua pembaca blog motor ni.


Saya mohon maaf kerana sejak kebelakangan ini kerap berlaku masalah teknikal di mana blog tak dapat diakses dengan baik dan kadang-kadang terus hilang tak kemana .


Harap-harap keadaan semakin baik. Ok sama-sama kita doakan.


Dah agak lama tak menulis aritikel berkaitan model-model motor yang tengah rancak sekarang ni. Kali ni saya nak kongsikan maklumat berkaitan
model kapcai Suzuki yang dikira tengah hot jugak kat pasaran. Kalau tengok dengan lebih dekat reka bentuk jauh beza dengan model-model kapcai terdahulu. Yang ni lebih mengancam.

Model yang diberi nama Shogun 125 nampak lebih garang dengan reka bentuk lebih aerodinamik dan ada stail. Saya tengok pun geram jugak. Cun beb.


Ada dua versi iaitu Shogun 125SP dan 125RR. Model SP menggunakan sistem klac tangan manakala model RR biasalah klac automatik.


Kadang-kadang terfikir jugak kenapa Suzuki tak keluarkan model 135 macam Yamaha. He..he..he.. budak Yamaha 135LC mesti tercabar kalau keluar model yang boleh bersaing dengan 135LC. Mungkin ini disebabkan strategi pemasaran kot. Apa yang lebih penting model Shogun ni adalah lebih baik dan anggun dari Shogun yang mula-mula dilancarkan pada tiga tahun lalu. Syabas Suzuki!


Versi pada kali ni Suzuki telah memberikan enjin baru untuk membolehkan mereka bersaing. Ya memang patut pun! Takkan nak sumbat dengan enjin model-model sebelum ni memang dah tak sesuai. Honda sendiri pun sentiasa perbaiki enjin untuk cubcai siri  125 diorang.


Sedikit kekurangan yang ada pada kedua-dua versi Shogun ini iaitu tidak menggunakan absober atau penyerap hentak belakang jenis mono. Sayang betul, rupa dah ada tapi kat situ pulak kurangnya. Mungkin nak ejas harga supaya dalam lingkungan RM5000 je kot.


Tapi takpe walaupun dalam keadaan standard dua-dua dah model ni menggunakan sport rim yang canggih berbatang kecil macam motor-motor gp. Ditambah pulak dengan brek cakera depan belakang. Memang takde cub empat lejang standard yang menggunakan brek cakra kat tayar belakang. Yamaha sendiri pun tak buat macam ni pada 135LC.

Lepas tu kepada yang nakkan ekzos Yushimura yang golongan superbike jer selalunya pakai tu pihak Suzuki ada jual secara berasingan untuk model Shogun ni. Memang syok habis siapa yang pakai motor ni. Dengar citer kat forum-forum, diorang kata bunyi masa enjin melahu pun dah agak garang. Tapi kalau bunyi jer harap kuat motor tak boleh ‘blah’ pun buang duit jer. Apa yang pasti memang ada penambahan dari segi kuasa so….boleh try!

Di bawah saya tunjukkan graf perfomance penggunaan ekzos Yushimura kepada motor Yamaha 135Lc. Namun tak mustahil peningkatan kuasa dan tork juga akan berlaku sekiranya ekzos Yushimura digunakan kepada Suzuki Shogun 125. Tak hairanlah Suzuki sendiri yang mengesyorkannya.


Kalau taknak pasang bakul pada Shogun 125 ni pun tak kisah sebab bawah tempat duduk ada ruang yang dikira luas untuk menyimpan sarung, tangan, baju hujan, kelengkapan untuk perjalanan jauh (tools) atau buku-buku  nak pergi kuliah memang boleh masuk. Saiznya lebih kurang tujuh liter.


Model 125SP dan 125RR ni takperlu susah-susah nak dihidupkan guna engkol sebab dah disediakan penyetat elektrik. Tekan je enjin dah menderum. Buat apa tak pakai kalau kemudahan dah ada betul tak. Tak payah fikir takut bateri cepat ‘kong’ yang penting selalu periksa air bateri atau kalau malas terus pakai sel kering habis cerita he..he..he..


Mungkin ada yang tanya berapa top speed boleh dapat? Soalan ni selalu ditanya kat mana-mana forum. Biasalah kalau pakai motor top speed takde memang akan rasa suatu kekurangan ye tak. Biasanya model empat lejang yang mempunyai kapasiti kecik takdelah sehebat model-model dua lejang yang sama kapasiti.


So mintak tolong pada bro semua jangan bandingkan dengan model dua lejang 125cc. Shogun ni rata-rata yang saya baca pada mana-mana forum atau review mengatakan boleh cecah melebehi 120km/j ke atas. So tiada anggaran tepat kena cuba sendiri. Sebab top speed dipengaruhi banyak faktor terutama cara kita menunggang, berat badan, faktor angin, keadaan jalan (turun naik bukit) , setting motor dan banyak lagi.


Sebab tu susah nak tulis berapa top speed secara tepat. Tapi dengar-dengar ada boleh cecah 140km/j. Ha…sebab tu kena cuba sendiri. Walau macam mana pun pickup memang terasa terutama sape-sape yang pakai ekzos Yushimura.

Kalau berminat pergilah tanya kat kedai-kedai motor, harganya dalam lingkungan RM5,400+++ bagi model SP dan RM5,200+++ bagi model RR. Kira berbaloi jugak la harganya jika dibandingkan dengan apa yang ada pada  motor ni.

Secara peribadi memang saya berminat dengan Suzuki Shogun 125SP. Semua dah ada beb! Kecuali monoshock je yang takde. Tepuk dada tanya poket. Ni ekonomi tengah gawat memang sesuai kepada sape-sape yang nak layan motor pulak untuk pergi kerja. YOOSSHHH………


Spesifikasi Suzuki Shogun 125SP dan 125RR

Dimensi:

Panjang keseluruhan : 1,910mm

Lebar keseluruhan : 715 mm

Tinggi keseluruhan : 1.070 mm

Tapak Roda : 1.230 mm

Kelegaan Bumi : 146 mm

Berat Bersih : 104 kg

Tinggi Pelana : 755 mm

Enjin:

Jenis : 4 Lejang, SOHC

Sistem Sejukan : Sejukan udara

Jumlah silinder : 1 (satu)

Gerek x Lejang : 53,5 mm x 55,2 mm

Isipadu : 124 cc

Nisbah Mampatan : 9.6 : 1

Kuasa Maksimum : 10,8 Ps / 8000 rpm

Tork Maksimum : 1,1 Kg-m / 6500 rpm

Karburator : Mikuni VM 18 SS

Penghidup : Elektrik Dan Tendang

Nyalaan : Suzuki DC-CDI (digital)

Transmisi:

Jenis Clutch : Plat Berbilang Jenis Basah

Transmisi : 4 Kelajuan

Sistem Gear : 1 ke bawah, 3 keatas

Rangka:

Rangka : Under bone

Suspensi depan : Teleskopik, spring lingkaran peredam minyak

Suspensi belakang : Lengan ayun, spring lingkaran peredam minyak

Sudut Stering : 45° (kanan dan kiri)

Brek Depan : Cakera

Brek belakang : Cakera

Saiz Tayar Depan : 70 / 90 – 17

Saiz Tayar Belakang : 80 / 90 – 17

Bahan Api Dan Pelinciran

Muatan Bahan api : 4,5 L

Muatan Minyak Enjin : 1L

Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 08:07 PM | Show all posts
Tapi takpe walaupun dalam keadaan standard dua-dua dah model ni menggunakan sport rim yang canggih berbatang kecil macam motor-motor gp. Ditambah pulak dengan brek cakera depan belakang. Memang takde cub empat lejang standard yang menggunakan brek cakra kat tayar belakang. Yamaha sendiri pun tak buat macam ni pada 135LC.


lc135 tu kalau wat cakera kat belakang konpem rega akan bertambah dalam RM400-500 lagi dgn harga sedia ada...so leh agak2 la kan harganya nanti...

pd aku Shogun ni design dia agak mengancam....cuma masih takleh lawan LC lagi dr segi top speed dan juga pikap...mende ni aku dah buat ujikaji live atas hway ...bermacam2 gaya dan aksi penunggang motor shogun ni cuba melajukan motor depa...tp aku peratikan top speed LC masih lagi kepunyaan LC...balik tadi pun aku berkesempatan gak try test power ngan sebijik Shogun yg cuba pintas aku dgn gaya yg agak rakus...mcm try nak test power je...tp nampaknya macam tak kemana.......jgn marah yek pada owner2 motor ni...

Tp kalau FX125 2 lejang DOHC tu ....mmg aku mengaku top speed boleh kalahkan motor LC..melainkan kalau motor LC dah modi...

apa2 pun...TQ pada TT sbb bukak benang Shogun ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:09 PM | Show all posts
pasal Shogun sarung Ekzos Yoshimura ni....so far aku tak pernah nampak lagi mana2 motor ni dgn ekzos Ypshi...mungkin faktor harga yg membebankan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:10 PM | Show all posts
Apa2 pun...aku mmg respek abih dgn Suzuki...mungkin disebabkan motor idaman aku adalah hasil dr jurutera Company ni.....Apa lagi..kalau tak Hayabusa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 08:28 PM | Show all posts
lc135 tu kalau wat cakera kat belakang konpem rega akan bertambah dalam RM400-500 lagi dgn harga ...
medangmru Post at 2-9-2010 20:07



    orait bro,aku pon tgk tade lg thread ni,tu yg aku bukak,bole share2 pendapat

LC mmg first choice aku,tp mcm2 aku kene tambah psl safety kt moto LC kalo aku amik & ada value kalo nak jual balik.


aku ingatkan dia sertaan dgn ekzos yoshimura kalo amik shogun nie
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:31 PM | Show all posts
kalau x silap kalau sekali dgn Yoshi ekzos ni kene tambah dlm RM1200++ lagi....sbb Ekzos Yoshi tuk LC pun kalau x silap aku pun rega RM1500 cam gitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2010 10:02 AM | Show all posts
Tp kalau FX125 2 lejang DOHC tu ....mmg aku mengaku top speed boleh kalahkan motor LC..melainkan kalau motor LC dah modi...
medangmru Post at 2-9-2010 20:07


FX tu 2 lejang ker Med???
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 10:27 AM | Show all posts
kalau x silap kalau sekali dgn Yoshi ekzos ni kene tambah dlm RM1200++ lagi....sbb Ekzos Yoshi tuk L ...
medangmru Post at 2-9-2010 20:31


harga yoshi utk shogun ni RM850 medang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 03:41 PM | Show all posts
harga yoshi utk shogun ni RM850 medang..
ryo_takahashi1 Post at 3-9-2010 10:27 AM


suda turun harga  ka Ryo... atau harga tu mmg asal camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 03:46 PM | Show all posts
suda turun harga  ka Ryo... atau harga tu mmg asal camtu..
medangmru Post at 3-9-2010 15:41


dari asal mmg cemtu kot...
selisih dgn sorang brader yg dah pasang.. dia yg bitau... performance mmg ada up sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 12:21 AM | Show all posts
Wave125s boleh kalah ka ngn Suzuki Shogun 125SP dan 125RR???
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:25 AM | Show all posts
risiko kecurian rendah??
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 09:06 AM | Show all posts
risiko kecurian rendah??
nashrudean Post at 4-9-2010 01:25
rendah kalo dibandingkan dgn LC gamaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 02:05 PM | Show all posts
kalau dibandingkan dgn lc ,lagenda dan ex5 kot ryo....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 06:36 PM | Show all posts
pendapat saya....

disc brake belakang,disc brake depan dgn diameter yg besar dalam kelasnya, rim enkei, lampu terang, ada engine balancing, led brakelight

pendapat saya ...sangat berbaloi..

nak banding dgn LC tak perlu rasanya.memandangkan LC 135cc.4 valve. sedangkan shogun 125 ni hanya 125cc 2 valve.

modenas gt128 perlu juga diberi perhatian memandangkan cc 128 dgn harga yg kompetitif.siap digital rpm meter dan disc depan belakang.


tapi kalau nak laju2..ambil shj kawasaki ninja 150.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2010 07:50 PM | Show all posts
kalau dibandingkan dgn lc ,lagenda dan ex5 kot ryo....


(posted by mobile)
medangmru Post at 4-9-2010 14:05



    sgt betul tu geng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 08:53 PM | Show all posts
pendapat saya....

disc brake belakang,disc brake depan dgn diameter yg besar dalam kelasnya, rim  ...
offcutter Post at 4-9-2010 06:36 PM



    Yappppppppppppp...sgt2 berbaloi beli motor Shogun ..bg mereka yg mahukan motor utk santai....tak payah laju...bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 10:52 AM | Show all posts
Baru aje memiliki shogun SP selama sebln. Pickup okla, tp top speed payah skit la. Features lengkap dgn depan/blkg disk brake, tubeless tyre. Aku ambik pun psl dok kt aprtment, byk kes kecurian, tmbah2 lagi brand yamaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:41 PM | Show all posts
Baru aje memiliki shogun SP selama sebln. Pickup okla, tp top speed payah skit la. Features lengkap  ...
leziahus Post at 6-9-2010 10:52


moto baru lagi tu... tak abis pantang lagi kan... mana nak tahu hidden power dia...
brape TOP yg dapat...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 04:25 PM | Show all posts
Reply 15# offcutter

ninja 150 tu dah lain kategori dah bang...:re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059688 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list