View: 3403|Reply: 20
|
Pelakon Baharu Mesra Dengan Bell Ngasri, "Mereka Hanya 'Kekwat' Sesama Sendiri"
[Copy link]
|
|
Sumber Kosmo
Dakwaan pelakon baharu bersikap sombong dan tidak menghormati pelakon lama bukanlah isu baharu dalam industri seni tanah air. Setiap tahun, pasti ada saja cerita seperti ini yang timbul. Entah di mana silapnya, mungkin benar seperti yang didakwa atau mungkin juga salah faham itu wujud disebabkan sikap segelintir pelakon lama yang tunjuk bagus.
Bagaimanapun, bagi Bell Ngasri, dia sama sekali tidak pernah berhadapan dengan situasi sedemikian. Mungkin kerana perangainya yang 'gila-gila' dan mudah mesra menyebabkan dia mudah didekati.
Dalam wawancara bersama Mstar, kata pelakon berusia 42 tahun itu lagi, dia tidak pernah menganggap dirinya lebih senior hanya kerana sudah lama menceburi bidang seni.
"Saya banyak bekerjasama dengan pelakon baharu. Kalau diikutkan, peserta Maharaja Lawak itu adalah generasi baharu. Tapi, saya tidak rasa lebih tinggi dari mereka pun. Kami sama sahaja dan anggap mereka sebagai kawan.
"Tidak pernah pula pendatang baharu kekwat dengan saya. Mungkin sebab perangai saya pun seperti ini. Kekwat tak kekwat, saya tegur saja semua orang.
"Saya tidak ada masalah pun dengan mana-mana artis sama ada yang baharu mahupun yang popular. Kadang-kadang, pelakon 'kekwat' sesama mereka," katanya.
Pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri pada awal kemunculan lebih banyak membintangi drama atau filem memegang watak serius. Bagaimanapun, seiring perkembangan kerjayanya, Bell kini lebih banyak dilihat menghiasi karya genre komedi.
Ditanyakan rahsia terus kekal relevan, Bell sama sekali tidak mempunyai sebarang tip dan menganggap perkara itu sebagai rezeki.
"Saya main bedal saja berlakon tapi mungkin inilah rezeki saya. Mungkin orang lihat saya berterusan ada dalam industri kerana peralihan karakter yang saya lakonkan. Dulu bawa watak pembuli sekarang lebih banyak komedi.
"Kadang-kadang ada kerja yang bagus ditawarkan tetapi saya tak dapat buat tapi apabila buat benda lain tiba-tiba menjadi pula. Contoh macam telefilem 16 dan 17 Puasa. Saya tidak tahu impak sebegitu sehiggalah ia ditayangkan.
"Ada juga job besar yang lebih dahsyat saya terlepas tetapi orang masih nampak lakonan saya dalam karya yang biasa-biasa sahaja. Semua itu adalah nasib. Mungkin inilah rezeki saya dalam industri," kata abang kepada pelakon Anne dan Darling Ngasri itu.
Mengulas isu pelakon popular 'demand' bayaran tinggi, Bell sama sekali tidak menyalahkan mereka apatah lagi jadual mereka padat dan terlalu sibuk dengan tuntutan komitmen.
Bagaimanapun, untuk dirinya sendiri, Bell hanya berharap agar rezekinya berterusan.
"Sepanjang dalam industri seni, bukan saja pernah menerima bayaran rendah, tak dapat bayaran pun pernah. Tapi, alhamdulillah tidaklah kerap terjadi. Saya melalui zaman melihat seseorang itu naik ke puncak populariti kemudian jatuh dan digantikan pula dengan orag lain.
"Syukur, saya tak rasa situasi itu. Saya ada di belakang mereka pun saya tak kisah. Alhamdulillah. Dalam setiap doa pun saya tak minta jadi popular atau kaya-raya. Saya tak minta lebih. Kalau memang rezeki saya setakat itu, saya minta agar ia berterusan.
"Kalau tiba-tiba datang selepuk yang besar nanti saya tak dapat turun sebab keinginan untuk terus berada di tempat tinggi. Susah nanti. Jadi, biarlah saya berada pada tahap sederhan sahaja," katanya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
suka bell dari dulu lg.. moga rezki bell dpeluaskn dan bahagia bersama family tercinta.. amin yra..
klau ikut style bell nie.. dia mcm kje mkn gj.. x kisah job apa asal ada job n bgaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahha gmbr fmly dia tu dh mcm gmbr adik beradik |
|
|
|
|
|
|
|
Bell ni cth yg dtg dari keluarga seni yg baik2..dari zaman ayahnya ngasri sain dan maknya habibah jaafar bersama rtm, anak2 mereka turut jejak langkah dlm dunia seni.antara adik beradik mereka ~boy, bell, darling, datin anne, yg datin tu jer rasanya paling kerap ada gosip2 ringan berbanding adik beradik yg lain.adik bongsu yg anak istimewa tu pon nmpk disayangi oleh semua.
Bell ni baik budi tu yg murah rezeki dia dlm dunia seni |
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 25-2-2022 12:51 PM
Bell ni cth yg dtg dari keluarga seni yg baik2..dari zaman ayahnya ngasri sain dan maknya habibah ja ...
Diorg ni mcm ikhlas bekerja dlm industri seni ala mcm kita hari2 g kerja cri rezeki bkn pasl glmor tp sumber rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Statement yg humble wlpun dan berpuluh tahun bekerja dalam industri hiburan....org pun respect.....xperlu nak jadi terpaling hebat sbb industri hiburan Malaysia kecik ja.....moga murah rezeki bang Bell dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
nadie90 replied at 25-2-2022 01:24 PM
Statement yg humble wlpun dan berpuluh tahun bekerja dalam industri hiburan....org pun respect.....x ...
Betul takde la acah2 primadona, mendiva |
|
|
|
|
|
|
|
Bila bell nak berlakon drama serious lagi..now asyik melawak padahal kalau dia jadi jahat pon menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Org sempoi gini mmg mudah didekati.
Dpa pon ssh nk bcerita buruk ttg org.
Bkn bell ja. Org lain pon kbanyakn gitu |
|
|
|
|
|
|
|
markonahlah replied at 25-2-2022 01:28 PM
Bila bell nak berlakon drama serious lagi..now asyik melawak padahal kalau dia jadi jahat pon menjad ...
Geram tgk jadi budak jahat dlm Pae & Sutun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon Baharu Mesra Dengan Bell Ngasri, "Mereka Hanya 'Kekwat' Sesama Sendiri"
Sebenarnya tajuk betul adalah
Pelakon Kepam Mesra Dengan Bell Ngasri, "Mereka Hanya 'BERKEPAM' Sesama Sendiri"
|
|
|
|
|
|
|
|
btw lawa n elok anak2 belle... cuma perlu ikut kaka tiruskan pelepah hidung je dekat hatyai nanti bersama aina abdul, nora danish, ernie zakri dan eric fuzi... mesti meletop... job pun banyak nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
yak yak yea...... |
|
|
|
|
|
|
|
Betulla tu bkn sbb sombong tp tgk senior pun muka kekwat acah2 je mcmne nk beramas mesra baik buat bodo jer… buat kje sdri |
|
|
|
|
|
|
|
takda cara orang boleh nak kekwat bila da berdepan dengan dia ni. lawak tahap bengong!! HAHAHAHHAHA!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bell ni otai yg sgt humble dan relevan je walau musim berganti dan kalau melawak pun takde nk berlebih-lebihan dan kurang ajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Sibaik bell kembali patah jln Ms pnh gosip dgn plakon baru n bcerai ..now happy with balik dgn kluarga dia...kalau x sedar tgk Shuk tu syg...rezeki tu dtg swirling dgn kluarga |
|
|
|
|
|
|
|
So far aku keje ngan Bell & Darling memang takde hal. My fav VO talents. Darling tu rajin nganto kad raya. Contoh true anak seni yg betul-betul karyawan. Ikhlas dan professional. Tu pasal rezeki melimpah ruah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|