CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sabah] Suspek kes bunuh di kawasan semak Jalan Kionsom Lama berjaya ditahan

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:44 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Pasukan perubatan menjalankan pemeriksaan berkenaan kes bunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom Inanam di sini.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes bunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom Inanam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya berjaya menahan suspek selepas menjalankan operasi memburu lelaki terbabit dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

“Bertindak dengan maklumat risikan sepasukan polis menjalankan serbuan sebelum berjaya menahan suspek berumur 43 tahun di rumah sewanya di Kampung Bambangan Inanam kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

“Semasa ditahan suspek yang bekerja sebagai tukang cat kenderaan itu didapati memiliki telefon bimbit mangsa dan suspek juga mengaku terlibat dalam kes kematian mangsa berumur 25 tahun itu,” katanya.

Mohd Zaidi berkata berdasarkan pengakuan tangkapan serta rampasan barang bukti terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan kes bunuh ini bagaimanapun siasatan terperinci akan dijalankan sebelum pedakwaan terhadap suspek dijalankan.

Terdahulu, mayat mangsa ditemukan isteri dan ahli keluarganya di kawasan semak itu semasa mereka mencari mangsa kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian itu bapa mangsa menghantar mangsa bertemu dengan pemilik bengkel di lokasi kejadian kira-kira jam 1 petang.

“Mangsa sempat menghantar lokasi kepada bapanya menerusi aplikasi WhatsApps bagaimanapun mereka gagal mencarinya sebelum menemukan mangsa dalam keadaam tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya hasil pemeriksaan awal yang dijalankan Unit Kecemasan Hospital Likas mengesahkan mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih enam jam sebelum ditemukan akibat jerutan di leher.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE) untuk tujuan bedah siasat selepas mendapatkan keputusan ujian saringan COVID-19.

"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062423 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list