CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 12

Ryan Deedat, Chazynash, Dani Kurama Tak Ada Niat Perlekeh Pekerjaan Orang Lain

[Copy link]
Post time 22-2-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Tiga penyanyi muda iaitu Ryan Deedat, Chazynash dan Dani Kurama tidak berniat untuk memperlekehkan kerjaya tukang cuci tandas, pekerja pasar mahupun tukang besi dalam muzik video single terbaharu mereka berjudul Tempuh.


Chazy berkata, karakter itu dipilih kerana kerjaya sedemikan sering dihina masyarakat sekali gus ingin memberi pengajaran kepada orang ramai.


Foto: IG




"Tiada istilah mahu memperlekehkan kerjaya siapapun. Ia hanya sekadar gambaran dan lakonan semata-mata.


"Kalau kita lihat tiga kerjaya ini sering dipandang rendah dan dihina masyarakat. Jadi, kami lakonkan supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak mempersendakan mana-mana pekerjaan termasuk individu yang berjuang untuk kelangsungan hidup.


"Malah mesej sebenar lagu ini juga menerangkan selagi kerja dilakukan halal, tempuhilah dengan penuh sabar meskipun bermacam dugaan perlu dilalui," katanya.




  





Menurut Ryan, setiap pekerjaan memiliki cabaran tersendiri, lebih-lebih lagi dalam waktu sukar ketika pandemik Covid-19 ini.


"Kerjaya apapun yang kita lakukan pasti ada dugaan dan akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.


"Dalam waktu sekarang ini juga kita tak boleh bongkak dengan kerjaya yang kita miliki kerana apa saja boleh berlaku. Sudah ramai yang kehilangan kerja sejak Covid-19 menyerang negara.


"Jadi, kita perlu bersyukur dan jangan memandang rendah dengan pekerjaan orang lain. Entah esok atau lusa giliran kita pula akan berada di tempat yang kita sendiri tidak mahu," katanya.




  



Dalam pada itu, Dani berkata, Tempuh mengisahkan lagu yang memberi semangat kepada setiap individu tanpa mengira latar belakang mahupun pangkat.


"Tidak kira individu itu kaya atau miskin, pasti akan ada dugaan yang perlu ditempuhinya. Dalam hidup ini tiada perkara yang mudah dan senang sepanjang masa.


  



"Jadi lagu ini akan bercerita mengenai bagaimana kita mahu tempuh setiap dugaan yang datang dan kekal semangat melalui cabaran hidup di dunia ini," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 11:02 AM | Show all posts
Meolls menyampah giler kat sorang mamat ni yg dulu buat prank pakai gelang pink.. choii sgt yiichh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:31 AM | Show all posts
dani kurama ni lagu dia dgn slurpee tu je aku boleh layan, sbb rasa mcm termotivasi especially bila tgh down..tapi da dua lagu dgn chazy ni aku rasa mcm try hard sgt. maybe sb aku x minat chazy ni kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ka dipandang hina...macam x je
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 06:14 AM | Show all posts
Sedih sbb vc xde sape tgk, terpaksa create issue konon2 orang pandang hina keja2 ni.
ko je yang pandang enteng sbb org xde pun cakap pape.
Esp keje tukang besi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
so? lepas ni ko nak buat lagu pasal noreen2 dalam kandang ke? sebab noreen2 ni yang selalu kena hina kan noreen?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2022 07:04 AM | Show all posts
mindset so 1970s pandang jijik cleaner bagai
skrg ni xde dh org fikir cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 07:41 AM | Show all posts
ohhh....nanti dah tua tak relevan kat medsos nanti hrp korang buat la kerja2 yg 'kotor' ni ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 07:46 AM | Show all posts
jijiknya tgk chazynash tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Chazynash tu ada kaitan dgn dek chazey porumer ke? [em:24:]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak kenal depa ni weh. Angah Raja Lawak aku kenal la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
bertiga tu,aku kenal chazynash je.. dan aku mmg geli gila tgk dia.. yuckkks!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 08:47 AM | Show all posts
KamikuP replied at 22-2-2022 11:02 AM
Meolls menyampah giler kat sorang mamat ni yg dulu buat prank pakai gelang pink.. choii sgt yiichh

macam mintak penyepakkk jer kann...
hahahahaha.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.953986 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list