CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4871|Reply: 37

Isu Plagiat, Jenama Susu Australia Maafkan Sharifah Rose

[Copy link]
Post time 22-2-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Isu plagiat membabitkan Sharifah Rose dengan sebuah jenama susu dari Australia, Macamilk kini berakhir selepas jenama tersebut menerima permohonan maaf pelakon itu berhubung penyalahgunaan imej kotak susu yang tular dalam media sosial baru-baru ini.


Menurut pengasasnya, Dan Hart, Sharifah Rose yang mewakili jenama tudungnya, Sekuntum telah mengakui kesalahan plagiat sekeping foto milik Macamilk yang dilakukan tempoh hari.


Tidak meninggalkan sebarang reaksi negatif, Hart mengakui membina sebuah jenama baharu adalah sesuatu yang sukar dan penuh dengan cabaran.




Foto: IG




“Terima kasih kerana mempamerkan rasa rendah diri dan tanggungjawab untuk mengakui kesalahan yang anda lakukan. Kami menerima permohonan maaf anda dan mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan bisnes.


“Memulakan perniagaan sendiri bukanlah satu hal yang mudah. Menjadi sebuah jenama yang asli lebih sukar. Jadi manusia juga harus melakukan kesilapan dalam hidup dan juga perniagaan,” katanya dalam InstaStory semalam.










Pemilik jenama yang berpangkalan di Byron Bay itu turut terbuka sekiranya Macamilk dan Sekuntum bekerjasama satu hari nanti.


Menyedari Sekuntum dihentam teruk oleh netizen, dia turut memohon orang ramai memberi peluang kepada Rose terus mengorak langkah dengan jenamanya.


“Siapa sangka satu hari nanti kita mungkin akan menjalinkan kerjasama. Kami terima semua kata-kata semangat untuk jenama Macamilk.


“Kini, kami memohon anda semua memberi peluang kepada Rose dan pasukannya. Mereka lakukan kesilapan tersebut manakala kita harus memberi sokongan sesama sendiri agar terus maju ke hadapan,” ujarnya lagi.







Terdahulu, pelakon drama 3 Nota Cinta itu dikecam hebat selepas Sekuntum didakwa meniru sebuah lagi jenama lokal yang mempunyai nama serupa cuma berbeza huruf dalam ejaan.


Tidak cukup dengan itu, sebuah hantaran Instagram Sekuntum yang menggunakan imej kotak susu milik Macamilk turut mencuri perhatian ramai sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 10:41 AM | Show all posts
Dan Hart, big heart!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:46 AM | Show all posts
aduii bulat2 di tiru hahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:17 AM | Show all posts
teruk betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:24 AM | Show all posts
kaedahnya mmg tukar nama je Macamilk jd Sekuntum??? Apoooo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:27 AM | Show all posts
Jenama tiru - Done
Kotak tiru - Done

very the plagiat ini pompuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nawtylulu replied at 22-2-2022 11:24 AM
kaedahnya mmg tukar nama je Macamilk jd Sekuntum??? Apoooo..

Iya la tu..sib baik tak kena saman kaw2..tak de berita pulak budak perahsantan nie  issue maaf ke apa. Tunggu apa hadi dgn isu tudung pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:54 AM | Show all posts
orang meniaga kita pun nak meniaga, ujung2 hire team yang kaki plagiat.. ke mmg tak de team pon

butir2 kau tiru dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 12:00 PM | Show all posts
miskin sgt ke sampai xmampu nak upah graphic designer buat original idea?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 22-2-2022 11:27 AM
Jenama tiru - Done
Kotak tiru - Done


Kotak dia tiru sapa? Pity her sbb sapa la graphic designer yg dia byr buat keje cincai mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:05 PM | Show all posts
Honestly...orang mcm ni aku harap perniagaan dia melingkup!  Utk saya, plagiat, ada sesuatu yang NO! NO!  Say NO to plagiarism!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:06 PM | Show all posts
TalibanRock replied at 22-2-2022 12:00 PM
miskin sgt ke sampai xmampu nak upah graphic designer buat original idea?

tu la pasal,  punya la ramai graphic designer tgh cari job skrg...

sonang2 je tiru bulat2, syk maca milk tu pn upah graphic desgner tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 22-2-2022 12:06 PM
tu la pasal,  punya la ramai graphic designer tgh cari job skrg...

sonang2 je tiru bulat2, syk ma ...

I x paham.. Produk minah ni tudung ke  susu?
Dia tiru 2 benda ke?
Kotak susu dan nama brand Sekuntum?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:09 PM | Show all posts
salimrock replied at 22-2-2022 12:06 PM
tu la pasal,  punya la ramai graphic designer tgh cari job skrg...

sonang2 je tiru bulat2, syk ma ...

x rock langsung ciplak2 ni kan..kita dua je rock
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:10 PM | Show all posts
stupid mistake ni..tak malunye dia...terang2 meniru...zaman2 medsos ni berani dia curi design org..pastu dah kantoi say sorry suruh bg peluang...patut kena boikot ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama sekuntum pun plagiat brand Sekuntom tapi tak ngaku. Logo pun nampak sama. Tak mengaku tapi gambar pun plagiat orang, macam mana nak percaya di tak plagiat nama brand sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 12:13 PM | Show all posts
japppp,,, dia jual tudung ke apa ni??? confuse makkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:15 PM | Show all posts
Jarang2 tokey nak start bisnes buat taik dengan bisnes sendiri. Sudahnya original Sekuntom yg makin naik followers & demand.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 22-2-2022 12:08 PM
I x paham.. Produk minah ni tudung ke  susu?
Dia tiru 2 benda ke?
Kotak susu dan nama brand Sekunt ...

Aku pon kompius...aritu bukan ke nama sekuntum tu pasal tudung. La ni apasal pulak kotak susu sekuntum gak? Ke minah ni mmg plagiat banyak benda, dan baru terkantoi 2 ni je?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:49 PM | Show all posts
pergghhh tudung brand tipu...susu pun tipu
tapi sian laaa yg tudung tu si rose tak ngaku tiru
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.927070 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list