CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Sabah] Covid19 21/02/2022

[Copy link]
Post time 21-2-2022 11:01 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 4,770 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 313,246 kes. Sebanyak lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu (1) kes di daerah Kota Belud, Sandakan dan Tawau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam
tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 2,633 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 262,393 orang. Manakala 2,794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,376 orang di hospital, 1,251 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 166 orang di Pusat Tahanan Sementara
(PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 64 orang merangkumi 48 di ICU/repurposed kritikal care serta 16 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 34 orang lagi memerlukan alat bantuan
pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 80 (25.16%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian di Sabah mencatat sedikit penyusutan sebanyak 237 kes berbanding jumlah semalam menjadikan jumlah kes baharu 4,770 kes.

b. Jumlah kes harian yang mencatat penurunan marginal sejak tiga hari yang lalu tidak dilihat sebagai satu trend yang akan berterusan kerana jumlah jangkitan kes sporadik yang kekal tinggi, hari ini 63.56% daripada jumlah kes keseluruhan.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, daerah-daerah yang mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi juga mencatatkan peratusan tinggi kes simptomatik
yang berpunca daripada jangkitan sporadik.

c. Peratusan kes jangkitan sporadik di Kota Kinabalu yang mencatat 1,198 kes baharu ialah 68.78%, Penampang 596 kes (68.28%), Papar 433 kes (72.5%), Tuaran 412 kes (48.78%), Tawau 372 kes (78.76%), Putatan 298 kes (78.52%) dan Kota Belud 192 (54.68%). Peratusan kes jangkitan sporadik yang tinggi membantu dan memudahkan penularan virus dalam komuniti dengan lebih cepat kepada lebih ramai orang.

d. Kota Kinabalu merekodkan angka tertinggi jangkitan baharu dengan 1,198 kes. Sebanyak 12 daerah lain mencatatkan kes baharu tiga (3) angka iaitu
Penampang 596 kes, Papar 433 kes, Tuaran 412 kes, Tawau 372 kes, Putatan 298 kes, Kota Belud 192 kes, Keningau 143 kes, Beaufort 127 kes, Kota Marudu
121 kes, Sandakan 118 kes, Tambunan 105 kes dan Lahad Datu 103 kes. Tambunan mencatatkan pertambahan mendadak daripada 19 kes kelmarin kepada 105 kes (+96) hari ini. 14 daerah lagi merekodkan kes dua (2) angka.

e. Sejumlah 4,755 atau 99.69% daripada 4,770 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lapan (kes dalam Kategori 3, enam (6) kes dalam Kategori 4 dan satu
(1) kes dalam Kategori 5. Antara pesakit-pesakit baharu ialah 234 kanak-kanak bawah umur 5 tahun (62 orang bayi bawah 1 tahun) yang belum layak divaksin
dan 322 kanak-kanak yang berumur antara 5 - 11 tahun yang sudah layak divaksin tetapi belum memperolehinya.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.168176 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list