View: 2163|Reply: 22
|
Terpedaya Iklan Kerja Palsu- Lelaki Jadi Hamba, Darah Disedut Tiap-Tiap Bulan
[Copy link]
|
|
Ho Chi Minh: Malang nasib seorang lelaki China apabila diculik dan dijadikan 'hamba darah' selama berbulan-bulan di Kemboja selepas terpedaya dengan tawaran iklan pekerjaan palsu.
New York Post memetik South China Morning Post (SCMP) melaporkan lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarga Li berjaya melarikan diri awal bulan ini dengan bantuan ahli kumpulan samseng yang menahannya di bandar Sihanoukville di Kemboja.
Dia kini dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Li ketika menerima rawatan lanjut di sebuah hospital selepas diselamatkan. Foto: SCMP
Sejak Ogos tahun lalu, kumpulan itu dilaporkan mengambil 0.8 liter darah setiap bulan daripada lelaki berusia 31 tahun itu.
Darah itu dipercayai dijual kepada pembeli persendirian.
Akibatnya, lengan Li lebam teruk dan dipenuhi kesan jarum ketika dimasukkan ke hospital, minggu lalu.
Lelaki yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Shenzhen dan Beijing memberitahu pemberita, pada mulanya dia mengetahui tawaran kerja di wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China.
Difahamkan, Li kemudian ditahan dengan individu bersenjata dan dibawa merentasi sempadan China-Vietnam dan dibawa ke Ho Chi Minh City.
Di situ, dia dijual pada harga AS$18,500 (kira-kira RM77,441) kepada kumpulan Kemboja yang menjalankan skim penipuan.
Dia kemudian enggan menyertai skim penipuan kumpulan itu.
Mengetahui Li seorang yatim piatu dan tidak boleh 'digunakan' untuk wang tebusan, kumpulan itu bertindak menggunakan lelaki itu sebagai 'hamba darah'.
Li mendakwa, sekurang-kurangnya tujuh lelaki lain ditahan dalam bilik yang sama dengannya.
Katanya, dia mempunyai darah O negatif dan oleh kerana itu, kumpulan berkenaan mengambil lebih banyak darah daripadanya berbanding lelaki lain.
Menurutnya, salah seorang ahli kumpulan terbabit memberitahu jenis darahnya agak berharga.
Katanya, lebih menakutkan apabila kumpulan penculik itu mengancam untuk menjualnya kepada pengedar organ haram, jika tidak memberikan darahnya kepada mereka.
Menurut satu laporan, Kedutaan China di Kemboja berkata, pihaknya sudah meminta polis Kemboja untuk memberi keutamaan kepada kes itu.
Pihak kedutaan juga menghantar kakitangan melawat Li di hospital. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ho Chi Minh: Malang nasib seorang lelaki China apabila diculik dan dijadikan 'hamba darah' selama berbulan-bulan di Kemboja selepas terpedaya dengan tawaran iklan pekerjaan palsu.
New York Post memetik South China Morning Post (SCMP) melaporkan lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarga Li berjaya melarikan diri awal bulan ini dengan bantuan ahli kumpulan samseng yang menahannya di bandar Sihanoukville di Kemboja. |
|
|
|
|
|
|
|
ni macam ceta boss & me, tapi versi thriller. |
|
|
|
|
|
|
|
samseng tahan dia kemudian bantu dia? samseng berhati mulia... |
|
|
|
|
|
|
|
Darah jenis O negatif. Bukan senang nak cari tapi paling digemari sebab sesuai dengan semua jenis darah. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki ditawan sbb darah
Pmpn ditawan sbb dara |
|
|
|
|
|
|
|
best ke cter tu. nt nak try tgk lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la, typical chinese drama office romance... pasal pompuan ni kerja kat satu company, pastu dia jadi blood donor untuk adik boss dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat satu episod supernatural.. tapi tu hantu sedut lemak. Kalau hantu tu, mzz sanggup offer lemak2 mzz.. |
|
|
|
|
|
|
|
calling for @tumpanglalu74
aku teringat uols penah cite psl anak2 yatim, mmg jarang kita jmpe
tak sure sama ada depa dijual or jd pemerdangangan manusia utk organ
sbb dlm mes lelaki ni, dia anak yatim..so penculik x dpt buat bahan tebusan.so depa curik la darah dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan bab ambil darah ni berlaku pd kanak2 ja. Tak sangka pd lelaki dewasa pun deols blh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam daybreaker, manusia kene tuai darah dek vampire. Tapi ni angkara sesama manusia. Kejamnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba dh takutlah nk wat solo travel lps ni. X pasal2 kena culik nanti jd hamba memacam |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah terbaca kat mana ntah, lama dah. ada satu masa tu, geng2 ni aim orang gelandangan, orang miskin untuk dijual organ.. mungkin ada yang ditimpa senasib macam ni, kena curi darahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
TT siap repost berita sendiri untuk upkan thread.
Tak kan editor pun tak tau trick kot. Ka nak aku ajar
|
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 21-2-2022 08:00 PM
Tetiba dh takutlah nk wat solo travel lps ni. X pasal2 kena culik nanti jd hamba memacam
Iols pun rasa selamat kalau ikut tour guide jahh.. tours sumer dah mula balik ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 21-2-2022 10:12 PM
Iols pun rasa selamat kalau ikut tour guide jahh.. tours sumer dah mula balik ka?
Blm kot. Berapa negara je yg allow pelancong luar masuk without quarantine skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 21-2-2022 01:48 PM
calling for @tumpanglalu74
aku teringat uols penah cite psl anak2 yatim, mmg jarang kita jmpe
tak su ...
Ye kat wad gile memang ade cerite dorang ambek je darah pesakit2 tu. Ambek kat onggile apedehal.. Ade persatuan perasan vampire di kalangan VIP tuwe kerepot yang curik darah anak dara untok diminom for awet mude. So, sape la the easy victims kalo bukan anak2 yatim kan? Dilacurkan kat hotel2, baik pompuan, baik lelaki. Tak payah pikey jauh2, juz kire je la berape ketol masonic lodges kat malaya ney. Habes cerite.. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 21-2-2022 10:17 PM
Blm kot. Berapa negara je yg allow pelancong luar masuk without quarantine skrg.
Kena tunggu lama lagi kott kalau nak jjcm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Dah la O negative tu darah rare. Keje dengan vampire ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|