CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1710|Reply: 15

[Tempatan] 'Penderaan senyap': Isu beg berat, parents minta PdPR tak pun sekolah sediakan plastic box container

[Copy link]
Post time 21-2-2022 09:23 AM | Show all posts |Read mode
'Penderaan senyap': Ibu bapa gesa selesai segera masalah beg berat
Haspaizi Zain &Nurzulfadhli Dzolkafli
Diterbitkan:  Feb 21, 2022 9:00 AM




Isu beg sekolah berat yang gagal ditangani secara berkesan sehingga kini boleh dianggap sebagai satu "penderaan" kanak-kanak yang sedang membesar.

Presiden Persatu Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Mohamad Ali Hasan berpandangan masalah itu hanya boleh diselesaikan menerusi usaha bersepadu yang perlu daimbil segera, bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "penderaan senyap" demi kesihatan pelajar.

"Perlukah anak-anak, murid-murid dibiarkan (terpaksa) membawa setiap hari ‘bebanan’ tersebut? Apakah ini secara tidak langsung merupakan satu ‘penderaan’ kepada anak-anak yang sedang membesar itu.

"Kita inginkan anak-anak, murid-murid kita seronok datang ke sekolah tanpa ‘bebanan’ yang tidak sepatutnya, khususnya di sekolah rendah.

"Usaha bersepadu hendaknya dilakukan segera agar bukan saja menghentikan penderaan senyap beg sekolah berat tetapi yang lebih penting agar tidak terencat tumbesaran, kesihatan jangka panjang murid-murid yang sedang membesar ini," katanya kepada Malaysiakini.



Awal bulan ini, Sinar Harian melaporkan dakwaan seorang doktor di Seremban bahawa anak perempuannya yang berusia 17 tahun terpaksa menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya, ekoran rutin menggalas beg sekolah yang berat sejak sekolah rendah.

Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi dipetik berkata, tulang belakang anaknya telah bengkok 40 darjah.

Mohamad Ali mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah itu.

Menurutnya, pihak berwajib boleh memperkenalkan garis panduan berat beg sekolah, selain pelajar juga perlu didisplinkan agar membawa buku yang diperlukan sahaja.

"Penyediaan loker berkunci yang disewakan kepada pelajar juga boleh dilaksanakan, dengan locker disediakan PIBG/koperasi sekolah," katanya lagi.

‘Sediakan tempat simpan buku’

Beberapa ibu bapa yang dihubungi Malaysiakini juga merungut berkenaan masalah sama dan mendesak kerajaan menyediakan penyelesaian tuntas.

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Zin berkata isu beg berat boleh diatasi secara tidak langsung jika jumlah mata pelajaran dan buku berkaitan dikurangkan.

"Cuba bayangkan, satu subjek saja sekolah perlukan satu buku teks dengan dua buku nota. Kalau nak kirakan jumlah buku dibawa memang banyak,” katanya.

Tambah Zin, masalah beg berat juga boleh diatasi jika pihak sekolah menyediakan tempat khas di setiap kelas bagi menyimpan buku teks.

Seorang akauntan, Danial Zufar, 28, pula berpendapat pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) seharusnya diadaptasi bagi mengatasi masalah beban beg sekolah.

“Penyelesaian paling mudah ialah, berbalik kepada cara PdPR dijalankan dan gunakan konsep sama semasa sesi bersemuka.

"Pelajar diarah bawa buku yang benar-benar perlu saja, maka beg mereka tidaklah macam berisi batu bata," katanya.

Bagi jururawat, Hidayah Fadzil, 26, dia berpendapat dengan perkembangan teknologi sekarang, sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mula beralih kepada buku digital, dengan pelajar dibekalkan dengan peranti yang mudah dibawa dan digunakan.

Dia juga berpendapat KPM perlu menyediakan kemudahan almari di sekolah untuk pelajar menyimpan buku teks mereka.

Idea itu juga disokong suri rumah, Raudzah Hasaim, 52, yang mengakui bersimpati melihat pelajar berulang-alik dengan bebanan beg yang begitu berat.

“Kadang-kadang, saya nampak beg sekolah lebih besar daripada diri mereka sendiri. Manakan tidak, buku yang perlu dibawa sangat banyak. Ada subjek yang memerlukan pelajar bawa beberapa buah buku," katanya.

Raudzah juga berkata dia tidak faham mengapa pelajar diperlukan membawa beberapa buku untuk satu mata pelajaran. Malah, katanya, ada ketika tertentu buku tersebut tidak digunakan pun.

"Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan negatif kepada pelajar dalam jangka masa panjang," katanya.

Pada Sep 2018 Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan pekeliling yang ditandatangani timbalan ketua pengarah pelajaran (operasi) ketika itu, Aminudin Adam kepada pihak sekolah berhubung panduan bagi mengurangkan beban beg sekolah.

Pekeliling itu antara lain berkata pemantauan pihak kementerian mendapati beg sekolah, khususnya bagi murid sekolah rendah, masih berat. Antara faktornya adalah murid membawa terlalu banyak buku, seperti buku latihan dan buku swasta.

Ia menggariskan beberapa cadangan, antaranya pihak sekolah boleh menyusun semula jadual pembelajaran kepada tiga hingga empat mata pelajaran sehari dan mewujudkan sistem loker untuk pelajar.

Bagi pihak ibu bapa pula, kementerian antara lain menyarankan agar mereka menyediakan beg yang sesuai dan memupuk amalan memeriksa dan menyusun beg setiap hari.

Pekeliling itu juga menyarankan pengurusan sekolah menggunakan budi bicara bagi menangani masalah itu di sekolah masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu bibik ikut sekali pi sekolah....sampai masuk kelas(aku sendiri yg tulis surat mintak kebenaran dari pihak sekolah)happy dia dapat tolong bawak bag aku.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:34 AM | Show all posts
plastic container ni satu jelah masalahnye, kalau budak tu kene buli mmg habis la buku-buku dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 21-2-2022 09:34 AM
plastic container ni satu jelah masalahnye, kalau budak tu kene buli mmg habis la buku-buku dlm tu

One solution breeds new problem....bak kata anak jiran aku yg 3 tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Istilah penderaan senyap lebih seswai digunakheun utk menggambarkheun nasib rakyat yg pilih utk belum mahu divaksin....

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelas anak aku masa form 1 ada bapa pelajar belikan rak buku kayu yg ada kunci tu. Satu unit kongsi 2 pelajar. Jadi budak-budak ni tinggalkan buku teks dlm rak, kalau ada homework, refer buku digital jer
Bila masuk form 2, bawak rak sekali ke kelas baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2022 03:26 PM | Show all posts
aku sekolah dulu, tinggal je buku dalam laci.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 03:35 PM | Show all posts
kalau sekolah satu sesi ok, sekolah 2 sesi, ampun la mesti hilang, rosak punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2022 05:05 PM | Show all posts
Isu beg berat: KPM teliti jumlah subjek diajar setiap hari - Radzi Jidin
Eton Khir
Februari 21, 2022 15:25 MYT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menangani isu beg sekolah berat yang saban tahun menjadi polemik yang tidak berkesudahan.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin isu ini melibatkan beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian iaitu jumlah mata pelajaran diajar setiap hari dan jumlah buku latihan dari luar yang dibawa murid ke sekolah.

"Untuk sekolah rendah, adakalanya sehingga tujuh mata pelajaran sehari namun bagi sekolah yang mengajar tiga atau empat mata pelajaran sehari, kita dapat lihat bahawa berat beg lebih ringan.
  
"Berikutan situasi itu, KPM sedang meneliti untuk melihat kekangan dalam konteks guru berdasarkan opsyen mata pelajaran.
"Kita tidak boleh suka- suka keluarkan arahan untuk terus kurangkan kepada tiga (mata pelajaran) dan ini sedang diteliti satu persatu," katanya pada sidang media selepas pelancaran Sekolahku SEJAHTERA di Dewan Perdana Putrajaya International Convention Centre (PICC), di sini pada Isnin.
Pada masa sama, Radzi berkata pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membenarkan murid-murid menggunakan pakaian sekolah kebangsaan ke sekolah agama.

"Ini boleh mengurangkan beg berat anak-anak," katanya.
Isu beg sekolah yang berat kembali menjadi bualan hangat selepas ada laporan mengenai murid mengalami masalah tulang belakang akibat rutin menggalas beban beg berat setiap hari.
Radzi berkata, KPM turut meneliti cadangan penggunaan lokar bagi sekolah dua sesi, namun mengakui kos yang diperlukan untuk tujuan itu adalah besar.

"Jika ambil kira keseluruhan bilangan sekolah rendah, kosnya amat besar," katanya.
Ditanya mengenai cadangan agar murid tidak diberi pinjaman buku teks, beliau berkata buku teks boleh diletakkan di sekolah namun pelajar masih memerlukannya untuk mengulangkaji pelajaran.
"Kita juga melihat ada sesetengah buku teks jilidnya masih tebal, jadi antara pendekatan adalah sama ada kita boleh ditambah jilid dan murid boleh membawa buku lebih nipis," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 05:14 PM | Show all posts
liton replied at 21-2-2022 10:36 AM
Kelas anak aku masa form 1 ada bapa pelajar belikan rak buku kayu yg ada kunci tu. Satu unit kongsi  ...

i willing nak belikan utk sekolah anak i nanti...sbb kalo simpan kat rumah still kena beli jugak rak...maybe boleh buat kutipan...parents yg tak mampu tak apa...anak baru nak msk darjah 1..hopefully ada parents yg pk sama macam i
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari zaman pm3 hussein onn sampai pm9 mail lembab pun xselesai lg isu beg berat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 21-2-2022 08:07 PM
Dari zaman pm3 hussein onn sampai pm9 mail lembab pun xselesai lg isu beg berat

Bukan penyelesain yang dicari...asalkan ada isu kementerian nak sembang je.untung2 boleh panjangkan meeting ke langkawi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2022 11:18 AM | Show all posts
KPM
@KemPendidikan
·
Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid Disekolah – Arahan Kepada Guru dan Pengurusan Sekolah.



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo xblh sediakn loker sekolah blh bg option container plastic ni..tp parents kena sedia kn la..mcm sekolah anak aku time awal masuk tu loker diorg xbg guna (sbb xnak bdk2 bkumpul kt kwsn loker kot) so die suruh parents belikn container ni ltk trus kt bwh meja bdk..kalo x jenuh nk bwk buku hari2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak jaman sebelum bangnon tuntas anggun canggih hingga jaman radzi jidin tak settle2 masalah beg berat. Nak tukar lagi menteri pendidikan?

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah dapat PDF bertuah, buku tidak berguna lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071293 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list