CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Sabah] Warga Emas Masih Tunggu Kerajaan Negeri Tunai Janji

[Copy link]
Post time 21-2-2022 04:24 AM | Show all posts |Read mode


BEAUFORT: Seorang warga emas miskin di sini yang dijanjikan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Kerajaan Negeri kecewa apabila rayuannya untuk mendapatkan kediaman baharu terus tidak diendahkan sejak empat tahun lalu.

Kasmat Billah, 74, hidup dalam keadaan daif di sebuah rumah usang di Kg Gelila Padas Damit dengan pendapatan RM300 sebulan sahaja daripada menoreh getah dan kerja rencam di kampung.

Beliau telah mengisi borang permohonan PPRT pada 2019.

“Rumah saya semakin usang dan ketika ini saya hanya menunggu ia runtuh bila-bila masa sahaja, sedangkan rumah PPRT yang dijanjikan masih belum dibina,” katanya kepada Daily Express, baru-baru ini.

Beberapa tahun lalu beliau telah dikunjungi oleh Adun Lumadan Ruslan Muharam bersama-sama dengan pihak media di mana dia dijanjikan sebuah rumah baharu, yang kini beliau sifatkan sebagai “hanya untuk publisiti”.

Beliau selanjutnya mempersoalkan kenapa rumah itu tidak dibina, kerana jabatan kebajikan akan menyumbangkan bahan mentah dan peralatan, menyifatkan pengalaman pahit itu sebagai “janji kosong”.

“Kenapa rumah itu tidak dibina, sedangkan tapak pembinaan sudah sedia?,” kata Kasmat.

Kasmat mempunyai enam anak; dua perempuan dan empat lelaki yang tinggal di Papar.

Dia berkata, anak-anaknya tidak mengabaikannya malah mereka memintanya tinggal bersama mereka, namun dia menolak tawaran mereka atas kehendaknya sendiri kerana tidak mahu membebankan mereka.

“Mereka ada keluarga sendiri. Bagaimana saya boleh ganggu kehidupan mereka?,” katanya. – Harian Ekspress



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.111871 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list