CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2474|Reply: 0

Tentera Ukraine maut ditembak

[Copy link]
Post time 20-2-2022 01:05 AM | Show all posts |Read mode


KYIV: Seorang anggota tentera Ukraine terbunuh akibat terkena tembakan awal pagi tadi, akibat serangan kumpulan pemberontak yang disokong Moscow.
Pegawai tentera di timur Ukraine berkata, mangsa maut di zon konflik yang merentasi dua wilayah yang memisahkan Rusia dan Ukraine.
Difahamkan, puak pemisah menggunakan peluru mortar kaliber 82 hingga 120 milimeter yang diharamkan di bawah perjanjian gencatan senjata sebelum ini.
Lapor BBC, kematian kali pertama itu dilaporkan sejak beberapa minggu ketegangan di sempadan Ukraine.
Wilayah timur Ukraine yang disokong Rusia mengarahkan mobilisasi ketenteraan di tengah-tengah insiden maut dalam pertempuran.
Pemantau melaporkan berlaku ‘peningkatan dramatik’ dalam serangan di sepanjang garis pemisah tentera pemberontak dan kerajaan.
Di bandar Munich di Jerman, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dijangka bertemu pemimpin Barat termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris semasa persidangan keselamatan.
AS menganggarkan terdapat 169,000 hingga 190,000 tentera Rusia berkumpul di sepanjang sempadan Ukraine, termasuk puak pemisah di Donetsk dan Luhansk.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.065393 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list