CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4556|Reply: 86

Wanita Rempuh Kenderaan Lain Ketika Larikan City Curi Akhirnya Terciduk

[Copy link]
Post time 18-2-2022 06:21 AM | Show all posts |Read mode
Wanita ditahan polis selepas melarikan sebuah kereta sebelum terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Setapak Central di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, wanita berusia 38 tahun itu pada mulanya ditahan oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.




Kenderaan mangsa yang dilarikan dan (gambar kanan) suspek ketika ditahan orang awam di persimpangan lampu isyarat di hadapan Setapak Central, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan Pembaca


Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita itu melarikan sebuah Honda City di hadapan Kolej Vokasional Setapak di Jalan Genting Klang pada 2.30 petang.


"Dalam kejadian itu, pemilik kereta berkenaan bersama isteri keluar dari kereta mereka tanpa mematikan enjin sebelum wanita terbabit melarikannya menghala ke pusat bandar.


"emilik kereta kemudiannya meminjam motosikal pengawal keselamatan di situ, untuk membuat laporan polis dan cuba mencari keretanya.


"Setibanya di persimpangan lampu isyarat di hadapan Setapak Central, mangsa dapati kereta miliknya itu terbabit dalam kemalangan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, mangsa dapati suspek yang melarikan keretanya juga sudah ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis.


Katanya, hasil semakan polis mendapati suspek berkenaan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.


"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan Seksyen 279 kanun yang sama kerana memandu dengan gopoh di jalan awam," katanya.


Hari ini, satu video berdurasi satu 1 minit 31 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial.


Dalam video itu, orang ramai terpaksa memecahkan cermin kereta selepas pemandunya cuba merempuh beberapa kenderaan lain di persimpangan terbabit.


Sementara itu, Ashari berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video itu yang boleh mendatangkan kegusaran awam.







Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yang macamni bagi hapus secara senyap je tak boleh ke? Perlu ke lepaskan dia balik pastu tangkap pastu ulang lagi ala2 konsep tangkap dan lepas

Untuk owner kereta tu taktau la nak kata cash ke kesian sebab tinggal kereta siap dgn kunci, lagi kesian kereta2 lain yang kena langgar kt traffic light tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 bukan @aechae
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni ncd kete city tu kena tolak la kan kalau dia claim dari insurans dia dan kete2 lain pun claim dari insurans dia. Ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cmne org awam tahu pemandu city tu pencuri ek sampai dia tangkap wanita tu?  Sbb mangsa sampai di tmpt accident tgk2 pencuri tu dah ditahan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 18-2-2022 06:37 AM
Harap2 bukan @aechae

Ahahaha…bukan2 okeh

Mentang2 lh berlaku kt kawasan jajahan iols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 07:29 AM | Show all posts
mejaputih replied at 18-2-2022 07:00 AM
Cmne org awam tahu pemandu city tu pencuri ek sampai dia tangkap wanita tu?  Sbb mangsa sampai di tm ...

Dia langgar kereta orang lain rasanya lepas curi kereta mangsa.
Yang kereta kena langgar tu kejar dia sampai kat trafik light tu.
Ni iols tgk kt TT.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:32 AM | Show all posts
hamdalah..at least dia bukan yg spesis berbeskal utk tayang bontot kt orang..sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodonye owner kete keluar tk mati enjin.selayaknya kena curik
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:39 AM | Show all posts
ooo ni yg keluar kot tingkap tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
penangan dadah dan2 jadi berani tak ketahuan hala. curi kereta, rempuh lg kereta org lain.
yg owner city tu kuar utk apa lakibini enjin tak mati?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak boleh brain orang tinggalkan kete dgn kunci enjin hidup... Pemalas betul kau nak off enjin sekejap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 18-2-2022 07:35 AM
Bodonye owner kete keluar tk mati enjin.selayaknya kena curik

Kan..apa kejadah laki bini keluar enjin tak mati.  Bukan susah nak start balik enjin picit button je bukan kena pulas crank mcm kereta purba. Nasib baik la tak ada anak2 tinggal dlm keta, otak depa je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya gaji 1500 da gatal nak pakai city. Lepas tu takde duit nak isi minyak, keluar kereta x mati enjin, kononnya nak jimat minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:57 AM | Show all posts
tgh high betul sampai amek kereta
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:58 AM | Show all posts
memula malaun ni isap gam dalam bas. driver bas halau dia takmo keluar. hampir nak rampas bas tu sbb driver tggu dia kat pintu bas. kalau tak, dia jadi sandra bullock. tp citer mcmne dia dpt curi keter tu yg tak pasti. dgn gigi takde, memang kaki dadah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku salahkan owner kete yg tak off engine tu. Tak psl2 kete2 yg x bersalah kene langgar dek pompuan high tu.
Yg pompuan high tu, otak tak waras under influence. Hati kering curi kete org.
Good warning utk org yg suka tinggalkan kete enjin hidup or pintu tak berkunci.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih: Cmne org awam tahu pemandu cit ...


Die dah rempuh langgar kereta yg kejar tu dulu...mula2 org taktau kete curi ingat die driver mabuk je...pastu kat traffic light abis dirempuh semua memg kena tibai laa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk plak kes driver pompuan buat hal lately...nasib baik aku tak pandai drive
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:26 AM | Show all posts
camno laaa boleh biar kereta tak off engine unattended.. i park kereta sebelah gerai nk beli goreng pisang pun lock.. punya la takut biar gitu aja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.207983 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list