CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sarawak] Ringankan beban pelajar miskin

[Copy link]
Post time 17-2-2022 07:41 AM | Show all posts |Read mode


KEMBALI KE SEKOLAH… Gambar menunjukkan pelajar asrama SMK Simanggang mengisi borang isytihar kesihatan
sebelum bermula sesi persekolahan secara fi zikal pada 10 Januari lepas.

Bagi kebanyakan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, pelaksanaan semula sesi pembelajaran secara fizikal di sekolah yang bermula pada 10 Januari lepas sudah pastinya tidak menjadi masalah buat mereka.

Ini kerana ada di antara setiap pelajar ini telah terpilih untuk menerima baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak (YS) 2021 bernilai RM200 bagi menampung keperluan persekolahan mereka pada tahun ini.

Pemberian baucar ini telah berlangsung pada penghujung Oktober tahun lepas apabila seramai seramai 565 pelajar dari 14 sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah dipilih untuk menerima bantuan itu.

270 penerima daripada jumlah berkenaan adalah merupakan murid dari 11 sekolah rendah manakala baki 295 penerima pula merupakan pelajar dari tiga sekolah menengah (di DUN Simanggang).

Ia telah pun disampaikan oleh Datuk Francis Harden Hollis yang ketika itu sedang memegang jawatan Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti pada majlis penyerahan baucar itu di sebuah hotel dekat Bandar Simanggang.

Baucar berkenaan telah pun disampaikan kepada wakil-wakil sekolah yang tediri daripada para pengetua dan guru besar sebagai langkah pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Hadir sama ialah wakil Pengarah Yayasan Sarawak, Haznetta Sarenau Howell, Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee, dan wakil Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Moslimin Krim.

Bagi pelajar yang terpilih untuk menerima bantuan ini, mereka hanya perlu ke kedai pembekal dan menulis nama pada baucar itu sebelum memilih barangan persekolahan dengan nilai harga keseluruhan sebanyak RM200.

Antara barangan persekolahan yang boleh ditebus melalui bauncar di kedai-kedai pembekal yang terpilih adalah seperti baju dan seluar sekolah, beg, kasut, tali pinggang serta lain-lain.

Apakah kelebihan buat pelajar yang terpilih untuk menerima bantuan itu? Antara kelebihannya ialah inisiatif YS ini mampu membantu meringankan beban keluarga yang kurang mampu dalam membuat persiapan persekolahan anak masing-masing.

Seperti yang diperkatakan oleh Harden pada majlis itu, pemberian bantuan berkenaan secara tidak langsung akan dapat membantu mereka menimba ilmu dengan lebih selesa dan lebih berkeyakinan dalam kehidupan seharian masing-masing.

Lagi pun dengan adanya pemberian inisiatif YS ini maka ibu bapa pelajar tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak menghantar anak-anak ke sesi pembelajaran secara fizikal di sekolah bermula Januari lepas.

Justeru diharap agar ibu bapa pelajar dapat menghargai sepenuhnya pemberian baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah YS yang diberikan kepada anak-anak mereka untuk tujuan persekolahan tahun ini.

Dengan adanya penggunaan baucar ini maka bantuan berkenaan juga akan dapat disalurkan kepada rakyat secara lebih efisien dan sistematik khas sekali dalam kalangan pelajar kurang berkemampuan.

Semoga pelajar kurang berkemampuan di Sarawak tidak lagi tercicir atau merasa rendah diri di samping rakan sekelas masing-masing selepas memanfaat sepenuhnya pemberian baucar berkenaan.

Tingkatkanlah semangat dalam diri untuk terus menimba ilmu ke menara gading. Moga-moga para pelajar ini nanti akan berjaya dengan cemerlang dan dapat mengambil alih teraju pembangunan negara dan negeri di masa akan datang.

Oleh VALENTINE NGUMBANG


Utusan Sarawak  February 16, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.489257 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list