CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki tumbuk dan cederakan abang ipar terima padah

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:29 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abang iparnya, Oktober tahun lalu.

Mohamad Azhar, 33, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka abang iparnya berusia 43 tahun di sebuah rumah beralamatkan Lorong 2E Ceria Semariang Borneo Garden, di sini, kira-kira jam 10.28 pagi, 19 Oktober 2021.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, bertempat di rumah pengadu, tertuduh telah datang ke rumahnya dengan cara memanjat pagar namun telah dihalang oleh pengawal keselamatan dan pengadu sendiri.

Kemudian, tertuduh bertindak agresif lalu menumbuk muka pengadu hingga menyebabkan luka pada bahagian hidung dan kakinya. Pihak keselamatan taman dan jiran turut membantu mengawal pergelutan antara pengadu dan tertuduh.

Pengadu kemudian, membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


sarawakvoice.com/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053167 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list