CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dipenjara, tumbuk mata teman wanita kerana cemburu

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:13 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mendatangkan kecederaan terhadap teman wanitanya, gara-gara cemburu setelah mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Noorhalim Mohamad, 35, untuk dikuatkuasakan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 13 Februari lalu.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 11 Februari lalu, kira-kira jam 12.05 tengah malam di sebuah bilik di flat Bukit Lintang, di sini.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami bengkak dan lebam pada bahagian mata sebelah kiri.

Mangsa membuat laporan polis dan tertuduh seterusnya ditangkap oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kuching pada 13 Februari lalu, kira-ra jam 4 petang.

Pertuduhan bagi dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen sama iaitu mendatangkan kecederaan kepada abang iparnya.

Mohamad Azhar Rabaie, 33, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 42 tahun pada 19 Oktober lalu, kira-kira jam 10.28 pagi di kediaman mangsa terletak di Ceria Semariang Borneo Garden di sini.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke rumah mangsa pada hari kejadian dan memanjat pagar rumah namun dihalang oleh mangsa serta pengawal keselamatan taman perumahan berkenaan.

Tertuduh terus bertindak agresif dengan menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan sedikit luka pada bahagian hidung mangsa.

Pihak pengawal keselamatan taman dan jiran mangsa yang berada di sekitar tempat kejadian turut membantu mengawal pergelutan antara mangsa dan tertuduh.

Difahamkan, berlaku perselisihan faham peribadi antara kedua-dua individu tersebut sehingga tertuduh bertindak sedemikian.

Oleh itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051982 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list