CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Sabah] Kilang papan hampir musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 16-2-2022 07:12 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba berusaha menjalankan operasi memadam supaya kebakaran tidak merebak di kawasan lain.

SANDAKAN: Sebuah kilang papan hampir musnah keseluruhannya dalam kebakaran di Jalan Seguntor, Batu 11, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, pekerja di kilang berkenaan mengalami detik cemas dengan insiden kebakaran tersebut sebelum panggilan kecemasan dibuat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 petang.

“Susulan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kilang papan telah terbakar dan operasi memadam terus dilakukan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, pasukan bomba turut memastikan semua pekerja kilang berkenaan telah keluar dan tiada yang terperangkap.

“Pasukan bomba masih menjalankan operasi memadam dan pemeriksaan akhir bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.   

“Sehingga kini, pasukan bomba tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam insiden tersebut.

“Pasukan bomba akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami pemilik kilang tersebut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.231983 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list