Sumber BH
Umum sedia maklum, pelakon Ashraf Muslim, 40, mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Dikurniakan empat cahaya mata, kata Ashraf, sehingga kini dia masih menerima mesej (DM) di Instagram bertanya dan meminta panduan berkaitan poligami daripadanya.
Memetik laporan Harian Metro, Ashraf tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjawab pertanyaan sedemikian namun adakalanya tidak sempat memberikan maklum balas bagi setiap satu soalan yang diajukan.
"Selalunya, orang akan minta tip membabitkan keharmonian rumah tangga hidup berkongsi kasih.
"Ada yang pertanyaan yang saya dapat meminta cara untuk menjaga hati dan perasaan para isteri," katanya.
Perkahwinan Ashraf dengan Dayana dikurniakan seorang anak lelaki, Anas, 7.
Manakala dengan Wan Sakinah pula, mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Sarah, 8, Adam, 7, dan Safiyyah, 3. - CARI
|