View: 721|Reply: 1
|
"Tak Berdosa Pun Kikis Duit Laki Sendiri," - Syatilla Melvin
[Copy link]
|
|
Lelaki mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga mereka. Sikap bertolak ansur dan berkasih-sayang semestinya akan mewujudkan persefahaman antara suami dan isteri.
Kita selalu mendengar istilah jika seorang suami itu tidak kedekut dan saling memberi kepada isterinya, maka akan sentiasa murah rezekinya. Tidak dinafikan lagi tentang fakta itu.
Ciri-ciri tersebut nampaknya jelas dilihat dalam pasangan artis popular ini iaitu Syatilla dan Sam. Mereka berdua masing-masing mempunyai karakter yang mampu membuatkan ramai terhibur. Setiap kali mereka memuatnaik content baru, pasti akan menjadi bualan netizen.
Terbaru ini, Syatilla telah berkongsikan satu video di akaun Instagram miliknya yang menjadi perhatian netizen. Di dalam video itu kelihatan Sam sedang 'bersabar' melayan kerenah dan gelagat isterinya.
Video itu menunjukkan Syatilla seolah-olah menjadikan Sam sebagai mesin ATM. Seronoknya sekiranya dapat cash out berkeping-keping duit nota RM50 seperti yang diterima oleh Syatilla.
Walaupun video itu hanya bertujuan untuk mempromosikan produk terbaru mereka, nampaknya video tersebut telah meraih hampir 60 ribu tontonan netizen.
Di ruangan komen juga kelihatan rata-rata netizen amat terhibur melihat gelagat mereka berdua. Happening betul pasangan ini. Semoga Syatilla dan Sam kekal bahagia bersama sehingga ke akhir hayat. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|