CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 592|Reply: 1

Padah Cuba Masuk Kokpit, Penumpang Dipukul Dengan Teko Kopi

[Copy link]
Post time 15-2-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Kru penerbangan terpaksa memukul seorang penumpang dengan teko kopi selepas cuba memasuki kokpit dan membuka pintu kecemasan ketika dalam penerbangan.


Keadaan itu menyebabkan pesawat American Airlines yang dalam perjalanan dari Los Angeles ke Washington itu membuat pendaratan cemas di Kansas City, lapor AFP.




Kredit foto: Getty Images/ABC




“Seorang penumpang mencetuskann kekecohan sehingga memaksa kru penerbangan bertindak agresif bagi meredakan keadaan.


“Penumpang itu ditahan pihak berkuasa dan kes akan disiasat segera,” menurut syarikat penerbangan tersebut menerusi kenyataan.


Beberapa saksi menceritakan, penumpang lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan dan mahu masuk ke kokpit dan membuka pintu kecemasan.


Kru penerbangan banyak kali menegurnya supaya bertenang, namun tidak diendahkan sehingga tingkah lakunya menjadi semakin tidak terkawal.


“Disebabkan itu, kru penerbangan terpaksa memukulnya dengan teko kopi untuk meredakan keadaan dan penerbangan kami mendarat cemas di Kansas City,” beritahu seorang penumpang.




Kredit foto: Getty Twitter/ABC




Sepanjang pandemik Covid-19, sejumlah kes melibatkan tingkah laku tidak terkawal oleh penumpang direkodkan oleh banyak syarikat penerbangan.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke pon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052305 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list