CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 1

[Sabah] Mayat lelaki ditemukan di bawah rumah atas air

[Copy link]
Post time 14-2-2022 07:07 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba berjaya mengambil mayat lelaki terbabit untuk dibawa ke Hospital DOK.

SANDAKAN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di bawah rumah atas air di Kampung Cenderamata Karamunting, di sini pagi tadi.

Mayat lelaki berumur 31 tahun itu, ditemukan penduduk kampung berkenaan sebelum laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi membantu mengambil mayat tersebut.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mayat seorang lelaki berada di bawah rumah atas air dan tindakan segera mengambil mayat tersebut dilakukan.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) semasa operasi mengambil mayat tersebut bagi mengelak jangkitan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mayat tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess Of Kent (DOK) untuk dibedah siasat dan kes diserahkan kepada PDRM.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat untuk penduduk di kampung berkenaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.48 tengah hari,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:43 AM | Show all posts
mungkin yang duduk bersendirian kot
kalau ahli keluarga mesti ada laporan kes hilang sebelum tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.449533 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list