CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 2

[Sarawak] Lelaki disyaki pengedar ditahan, dadah bernilai RM88,000 dirampas

[Copy link]
Post time 14-2-2022 07:01 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Zulkipli menunjukkan dadah seberat 3,414 gram bernilai RM88,000 dirampas daripada seorang lelaki tempatan di sebuah kediaman di Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan merampas dadah yang dianggarkan seberat 3,414 gram dengan anggaran nilai RM88,000 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, hasil maklumat serta risikan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Bintulu menjalankan serbuan ke atas sebuah kediaman di Pearl Garden.

Katanya, hasil pemeriksaan dijalankan ke atas kediaman serta kenderaan suspek berumur 41 tahun itu menemui 92 gram dadah jenis ketamin, satu bekas plastik dan satu bungkusan berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis ekstasi seberat 300 gram.

"Penggeledahan dijalankan turut menemui sembilan lagi paket berisi serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi seberat 322 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Turut dirampas wang tunai sebanyak RM6,170 dipercayai hasil jualan dadah.

Zulkipli berkata, hasil siasatan awal ke atas suspek mendapati mengaku menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak 2015.

"Suspek turut mengaku dadah dirampas merupakan miliknya dan dipasarkan sekitar Bintulu. Ujian saringan air kencing ke atas suspek mengesahkan positif mengambil dadah jenis ketamin," jelasnya.

Difahamkan suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah pada 2015 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Suspek dikenakan tahanan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Februari ini bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori sekiranya disabit kesalahan," katanya.

Zulkipli berkata, bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 jika sabit kesalahan suspek bakal dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun serta pengawasan selama dua tahun.


utusanborneo.com.my/2022/02/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:31 AM | Show all posts
kalau dah katanya mengedar mmg ke tali gantung
reman 7 hari tu akan membawa pada penangkapan tokan2 dadah yg lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2022 10:46 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 16-2-2022 12:31 AM
kalau dah katanya mengedar mmg ke tali gantung
reman 7 hari tu akan membawa pada penangkapan tokan2  ...

dari tahun 2015 lama jugak tu
laa ni baru kena tangkap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.278637 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list