CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 5

'Dia Bijak Guna Peluang' - Aina Abdul ‘Salute’ Dengan Keberanian Iqbal

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi berpendapat peserta pertama yang tersingkir, Iqbal Zulkefli sebagai bijak dalam mencari peluang.


Aina berkata, dia juga menghormati keputusan usahawan itu untuk sama-sama bersaing di Big Stage musim terbaru selain menyifatkan dia sebagai seorang yang berani.




Kredit foto: IG Aina




“Bagi saya dia bijaklah. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai mengapa dan bagaimana dia boleh menyertai program ini. Bukan mahu mengatakan persembahannya ‘teruk’, akan tetapi kalau nak dibandingkan dengan peserta lain, kebolehan dia itu mungkin sedikit ke bawah.


“Apa sahaja Iqbal punya objektif, dia bijak. Dia juga tahu menggunakan peluang yang dia ada. Untuk saya, that is really brilliant.


“Saya ‘salute’ pada Iqbal sebab dia berani. Saya tak akan seberani itu. Contohnya macam sertai Maharaja Lawak, saya tak akan buat sebab saya sedar diri ini tidak lawak.


“Jadi kepada Iqbal, tak kisahlah komen apa-apa yang awak terima hari ini, saya tahu awak mesti sudah kuat, ‘lali’ dengan semua komen,” katanya.




Kredit foto: IG Iqbal




Turut terlibat dalam seni secara serius selepas menyertai sebuah program realiti, penyanyi lagu Sepi ini tidak menafikan, para peserta miliki semangat yang kuat khasnya ketika berdepan komen para juri.


“Saya jadi ‘anxiety’. Kalau saya yang berada di situ, rasanya saya tidak kuat seperti mereka yang masih lagi boleh senyum.


“Untuk sayalah, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok sebab saya boleh rasa apa yang mereka rasa,” katanya lagi.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 03:47 PM | Show all posts
berani?

kalau berani pi jaga sempadan sanun.. jaga road block pon jadi la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga aina bendul berjodohan dgn bebal. Nanti bebal banyak duit leh sponsor aina bendul buat plastic surgery.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 04:01 PM | Show all posts
Betul la apa yang aina cakap tu. Iqbal ni memang pandai ambik peluang...free marketing untuk iqbal ni ye...walaupun berani memalukan diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni Aida Bedul yg dipuji netizens sgt pandai bagi komen drp juri sponsor cuckoo katanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertama kali tgk aina jadi juri
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.759057 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list