CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 2

China Telah Berjaya Pindahkan Data 1TB Dalam 1 Saat Dengan Jarak 1km!

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Negara China sekarang ini boleh dikatakan antara negara yang menerajui arena telekomunikasi dengan pelbagai pembangunan baharu termasuk rangkaian 6G yang mungkin akan datang pada tahun 2030.

Kini sejumlah pengkaji telah berjaya lakukan pemindahan data berjumlah 1 terabit dengan jarak 1 kilometer dalam masa 1 saat sahaja.

kredit foto: Protocol



Petikan dari Amanz, mereka menggunakan pusaran gelombang milimeter, ia adalah salah satu gelombang radio berfrekuensi tinggi, pusaran gelombang milimeter itu dikatakan mempunyai 3 dimensi berbeza dengan komunikasi radio masa kini yang hanya mempunyai 2 dimensi iaitu muat-turun dan muat-naik sahaja.

kredit foto: Phonearena



Dengan cara tersebut, ia akan membenarkan lebih banyak informasi dihantar pada gelombang komunikasi. Untuk menjayakannya, ia menggunakan pemancar pusaran atau "Vortex" khas dalam memastikan gelombang itu dapat dihantar dalam 3 dimensi.

kredit foto: South China Morning Post



Difahamkan, penggunaan itu sahaja bukan sahaja menambahkan kelajuan tetapi teknologi pemancar ini juga membuka kepada dimensi baharu dengan sejumlah penawaran dan kebolehan yang baru. Teknologi 6G yang lagi dalam peringkat awal, selain itu teknologi Pusaran (Vortex) dan teknologi terahertz juga digunakan dalam pembangunan.

Negara China menyasarkan teknologi itu berkemungkinan akan digunakan oleh pihak ketenteraan terlebih dahulu sebelum akan dikomersialkan seawal tahun 2030. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 02:06 PM | Show all posts
so, malaysia dah start kaji 7G plak.. pindahkan 10TB dlm 1 saat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 02:10 PM | Show all posts
Wah patasnya maka ternyata by 2030 keupayaan ketenteraannya akan makin mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.213373 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list