CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 16

Betul ke penyakit kencing manis boleh buatkan mati pucuk dan lemah tenaga batin

[Copy link]
Post time 12-2-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode
STAMINA melakukan hubungan intim bersama pasangan bagi pesakit kencing manis akan berkurangan jika kawalan gula dalam darahnya tidak terkawal. Kenyataan ini adalah realiti bukan lagi fantasi.Tetapi ramai pesakit malu untuk tampil ke depan dan berbincang dengan doktor secara hati ke hati bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Stigma hubungan kelamin tidak boleh dibincangkan kepada orang lain amat menebal. Sedangkan para doktor sudi menerima keluhan mereka, bahkan doktor adalah tempat terbaik untuk mereka mengadu masalah kesihatan. Bukannya penjual produk penguat tenaga lelaki ataupun perbomohan yang menggunakan kaedah yang menakutkan.
Para pesakit akan bertanyakan doktor mereka dalam bentuk pertanyaan yang berlapik. Mungkin sesuai dengan adat dan susila ketimuran. Ramai di kalangan mereka segan bertanya kerana doktor berlainan jantina atau merasakan doktor terlalu muda untuk bincang soal intimasi kelamin.
Di sinilah perlunya kebijaksanaan doktor untuk mengubah suasana segan semasa sesi konsultasi kepada suasana yang mengujakan.
Antara soalan yang kerap ditanya oleh pesakit, adakah ubat kencing manis punca kepada mandul atau alat kelamin tidak menyeringai?
Baik, mari kita kupas isu ini. Jangan pula anggap artikel ini sebagai artikel porno. Penerangan yang akan dibincangkan berkisar mengenai isu mati pucuk, tanpa menyembunyikan fakta yang sudah dan sedang dihadapi oleh para pesakit kencing manis seluruh dunia.
Fakta dari kajian mendapati 35-75 peratus pesakit kencing manis mempunyai masalah mati pucuk berbanding hanya 26 peratus dalam kalangan masyarakat umum yang tidak berpenyakit. Apabila pesakit kencing manis mula mengadu bahawa mereka bermasalah mengadakan hubungan kelamin, sebenarnya masalah itu sudah lama dipendam hampir 10-15 tahun sebelumnya. Ini kerana masalah hubungan di ranjang agak terlalu sukar untuk diceritakan kepada perawat. Sifat orang Malaysia sebegitu.
Perkataan lemah tenaga batin itu sendiri boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan:
1. Keinginan melakukan senggama (libido) kurang. Berpunca sama ada stres kehidupan atau kencing manis itu sendiri menjadikan pesakit sentiasa tidak bermaya.
2. Alat kelamin tidak cukup tegang untuk ‘berjuang’. Salur darah utama yang memberikan sumber tenaga melalui darah kemungkinan tersepit akibat kencing manis dan kolesterol.
3. Tidak dapat menyudahkan nikmat hubungan kelamin (orgasm) akibat masalah libido dan tidak tegang.
4. Ejakulasi yang terganggu sama ada terlalu cepat atau lambat boleh membantutkan keseronokan hubungan kelamin.
5. Perasaan bersalah kerana tidak dapat memuaskan pasangan akan terus bersahutan setiap kali hubungan intim berlaku. Ini menambahkan lagi tekanan jiwa kepada kedua-dua pasangan. Akhirnya komunikasi dalam keluarga menjadi hambar. Punca berlaku perceraian akibat penyakit kronik seperti kencing manis ini sudah banyak dicatatkan oleh mahkamah syariah.
Apa yang pasti penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan ‘erectile dysfunction‘ atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang saraf. Begitu juga wanita yang mempunyai kencing manis selalunya sukar untuk hamil kerana gangguan hormon kesuburan.
Selain dari lemah tenaga batin, kencing manis yang tidak terkawal juga adalah salah satu punca ketidaksuburan organ peranakan sama ada wanita atau lelaki. Ini juga adalah fakta!
Gula penting dalam pembentukan air mani sama ada air mani lelaki atau wanita (sperma dan ovum). Tetapi kandungan gula yang tidak terkawal boleh merosakkan sistem pembentukan air mani tersebut secara optimum. Oleh yang demikian doktor akan selalu menasihati pesakit kencing manis agar mengawal paras gula mereka ke paras yang terbaik sebelum berusaha untuk hamil.
Menjadi dakyah sesetengah pihak yang benci kepada kaedah perawatan moden, menuduh ubat kencing manislah punca utama berlakunya mati pucuk dan mandul.
Padahal mereka lupa, matlamat utama rawatan adalah untuk mengawal kencing manis sekali gus boleh memulihkan semula kekuatan tenaga batin pesakit. Ubat kencing bukan punca masalah mati pucuk.
Malah sebaliknya kajian mendapati metformin (ubat kencing manis) boleh digunakan untuk merawat wanita yang mandul. Rawatan metformin ini bagi kes yang khusus dan perlu dibincang dengan pakar. Pendek kata, metformin adalah selamat digunakan untuk salah satu dari rawatan kesuburan wanita dan ianya terjamin tidak mencacatkan janin jika hamil.
Begitulah juga insulin, selamat digunakan. Doktor selalu menasihati para pesakit kencing manis yang tidak terkawal dan mempunyai masalah kesuburan agar mengambil ubat kencing manis tanpa ingkar. Tujuannya supaya kencing manis mereka terkawal dan peluang untuk hamil adalah tinggi.

Single Polls, Total 4 Users voted
100.00% (4)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye betul..possibilities is there
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 10:49 PM | Show all posts
adila39 replied at 16-2-2022 08:17 PM
Ye betul..possibilities is there

benar totok, DM memang boleh rosakkan kekuatan batin

totok tak ada diabetes kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 11:13 AM | Show all posts
ipes2 replied at 19-2-2022 10:49 PM
benar totok, DM memang boleh rosakkan kekuatan batin

totok tak ada diabetes kan?

baru check kelmarin, picit dekat hujung jari, 5.7

ok ke 5.7 pagi-pagi sebelum breakfast ipes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 11:21 AM | Show all posts
ipes2 replied at 19-2-2022 10:49 PM
benar totok, DM memang boleh rosakkan kekuatan batin

totok tak ada diabetes kan?

baru je tobat bantai teh tarik tiap2 pagi, alhamdulillah dah 3 bulan stop teh tarik pagi2, skang ni byk minum air coway je walaupun tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 02:48 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 21-2-2022 11:13 AM
baru check kelmarin, picit dekat hujung jari, 5.7

ok ke 5.7 pagi-pagi sebelum breakfast ipes

ok tu, cantik tu
maintain je lah physical activities dan lifestyle yg sehat
tk perlu ke gym etc cuma perlu active eg naik tangga kat pejabat, jln ke ofis colleague dan jgn telefon je, parking jauh sikit dari pintu ofis etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2022 02:51 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 21-2-2022 11:21 AM
baru je tobat bantai teh tarik tiap2 pagi, alhamdulillah dah 3 bulan stop teh tarik pagi2, skang n ...

teh tarik best tuh
jgn tinggal kan simple pleasures in life, cuma kurangkan sahaja eg makan nasi 1 kali sehari  bukan 3
buat Cheat Days eg benarkan teh tarik Monday dan Friday AMs
agar usaha kita tu tidak terlalu strict - susah nk maintain nnt

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 03:14 PM | Show all posts
based on true story. yes betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2022 07:23 PM | Show all posts
Dea_Nell80 replied at 21-2-2022 03:14 PM
based on true story. yes betul

muda lagi ke, atau memang dah 60+
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:55 AM | Show all posts
totokreturn. replied at 21-2-2022 07:23 PM
muda lagi ke, atau memang dah 60+

baru early 40-an. so guys.. please ... jaga kesihatan anda and your spouse. it effect tau... emotionally
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 03:17 PM | Show all posts
Dea_Nell80 replied at 22-2-2022 11:55 AM
baru early 40-an. so guys.. please ... jaga kesihatan anda and your spouse. it effect tau... emoti ...

I baru tengok citer france tajuk romance bleh refer dekat sini https://en.wikipedia.org/wiki/Romance_(1999_film)

citer ni berkisar pasal wife dia sengsara sebab laki dia mati pucuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 11:28 AM | Show all posts
totokreturn. replied at 22-2-2022 03:17 PM
I baru tengok citer france tajuk romance bleh refer dekat sini https://en.wikipedia.org/wiki/Roman ...

hmm.. mati tu belum lagi lah hopefully...

thanks for sharing..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 02:23 PM | Show all posts
Dea_Nell80 replied at 24-2-2022 11:28 AM
hmm.. mati tu belum lagi lah hopefully...

thanks for sharing..

dia kategori pancut cepat ke? Ejakulasi pre matured?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 03:09 AM | Show all posts
totokreturn. replied at 22-2-2022 03:17 PM
I baru tengok citer france tajuk romance bleh refer dekat sini https://en.wikipedia.org/wiki/Roman ...

banyak orang category macam ni totok
tetapi kebanyakan dari Diabetes ialah erection lemah atau tak ada langsung, nafsu nya masih ada membara
jadi, adalah jugalah usahanya utk membahagiakan isteri

tetapi jika kurang testosterone eg kita panggil hypogonadism, maka ini dengan nafsu pun terus hilang
kena beri injection testosterone dan ini selalunya berkesan (cuma, nak lebih2 la pulak, lebis tu bila byk sgt, jadi panas baran la kaki gaduh la roadrage la), kacau betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 03:13 AM | Show all posts
totokreturn. replied at 24-2-2022 02:23 PM
dia kategori pancut cepat ke? Ejakulasi pre matured?

ini lain totok
cepat pancut ini kita boleh latih dan pasangan jika prihatin, boleh ubah rhythm etc
tanya dell kat atas tu
dia macam tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:34 PM | Show all posts
ipes2 replied at 1-3-2022 03:13 AM
ini lain totok
cepat pancut ini kita boleh latih dan pasangan jika prihatin, boleh ubah rhythm etc ...

tahu? ha..tahu la serba sikit sebab ada yang sudi buat sharing session when I'm in doubt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2022 12:06 AM | Show all posts
Dea_Nell80 replied at 4-3-2022 04:34 PM
tahu? ha..tahu la serba sikit sebab ada yang sudi buat sharing session when I'm in doubt...

koh koh kohbagus lah awak tahu sedikit sebanyak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.080443 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list