CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5440|Reply: 79

"Maaf, Sembahyang Dan Bakar Mercun Pada Tengah Malam Untuk Menjemput Tuhan Kita"

[Copy link]
Post time 9-2-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Permohonan seorang ahli laman Facebook (FB) Bukit Sentosa/Beruntung Resident (BSBR) kepada penduduk sekitar kawasan itu menjadi tular di media sosial.


Ia selepas pemilik akaun Julia Goh Phaik Bee memohon kebenaran untuk membakar mercun sempena upacara keagamaan kaum Cina, malam ini (malam tadi).


Katanya, dia meminta maaf sekiranya tindakan itu menyebabkan penduduk sekitar terganggu.




Foto: Harian Metro




"Mohon admin (pengendali) approve (benarkan). Kepada semua warga Bukit Sentosa, Bukit Beruntung (BSBR), saya ingin memberitahu bahawa malam ini, kita kaum Cina akan sembahyang dan membakar mercun pada tengah malam untuk menjemput tuhan kita.


"Saya meminta maaf kalau terganggu malam ini. Harap segala salah silap dimaafkan. Terima kasih semua," tulisnya di dalam status FB.


Hantaran itu mendapat komen positif daripada ahli kumpulan laman sosial itu yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.


Rata-rata mereka tiada halangan dan bersetuju dengan syarat ia mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.


Seorang netizen, Nur Hidayah Azizan berkata, dia tidak kisah orang Cina atau India membakar mercun, sebaliknya remaja Melayu yang bermain mercun lebih dari sebulan.


Seorang lagi pemilik akaun Shahril Cucuatok berkata, dia ingin menyertai acara bakar mercun itu dan berharap keluarga Julia turut bersama ketika Aidilfitri nanti.


"Kita sama-sama happy lorr (gembira lah)," katanya.


Pemerhatian wartawan mendapati ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata positif mengenai perkara itu dengan ada yang memuji cara netizen memberikan maklum balas.


Dimuat naik sejak lima jam lalu, hantaran itu mendapat 1,600 tanda suka, 374 komen dan 17 perkongsian setakat ini.


Harian Metro sedang mendapatkan Julia untuk memberikan maklum balasnya mengenai hantaran berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 10:00 AM | Show all posts
hairan, takde budak cina putus jari, terbakar jari,

diorang beli mercun gred A kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:03 AM | Show all posts
drg bakar mercun as it is.. while budak melayu bakar mercun yang dah dimodified
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:06 AM | Show all posts
salimrock replied at 9-2-2022 10:00 AM
hairan, takde budak cina putus jari, terbakar jari,

diorang beli mercun gred A kot

Serious!  I pun rasa derang beli Gred AAA, yg kat rumah I depa main 3 hari jugalah dr pukul 10 sampai before 12 midnight tapi dia punya bunyi and fireworks tu lain dari yg Melayu rempit main, thunder claps annoying gila tu tak de pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:08 AM | Show all posts
Melayu dari sehari puasa sampai le sebulan raya.  Pening aku, pagi2 kutip batang2 thunderclaps tu jatuh masuk garden rumah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:12 AM | Show all posts
Samerosie replied at 9-2-2022 10:06 AM
Serious!  I pun rasa derang beli Gred AAA, yg kat rumah I depa main 3 hari jugalah dr pukul 10 sam ...

melayu punya tahap enginerring mana boleh pakai standard kilang, kena la modified sikit, baru orang respek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 10:14 AM | Show all posts
sembahyang diorang main mercun aman-aman ja

tempat aku dulu, orang sembahyang terawih, budak2 ni baling mercun tepi pak imam. melatah melompat orang tua tu, terus batal solat. makmum semua menjerit marah budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:15 AM | Show all posts
ada elemen pembaziran dlm agama cina ni ye...membeli dan membakar mercun...

melayu muslim dok ikut la perangai cina ni sewaktu malam raya dan malam ramadhan dok bakar mercun...tak ke bodoh namanya tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 10:15 AM | Show all posts
Adrif replied at 9-2-2022 10:14 AM
sembahyang diorang main mercun aman-aman ja

tempat aku dulu, orang sembahyang terawih, budak2 ni ba ...

Rotankan bapak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kat umah i ni smpai malam td dok ada lg bunyi mercun. nati cap goh mei plop. ritu deepavali pun sakan warga bunyi mercun. nak tido pun terganggu. cina melayu india...sama je suke membazir, satu malaysia sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:21 AM | Show all posts
malaysia patut haramkan penjualan mercun ni...penguatkuasaan lemah sebab polis, kastam, imigresen dok rampas mercun dok bagi anak beranak dier...anak2 mereka tak menjadi sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline: ada elemen pembaziran dlm agam ...


Kuteikan kote budak tuu.. tak pun bako mercun tuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:28 AM | Show all posts
rasanya cina ni org dewasa pak2 yang main...sbb tu kepercayaan dorg...and bakar bukan nk bersaing dgn jiran2...kanak2 dorg pakat tgk. tu yg jarang kita dgr kanak2 cina putus jari.
tp melayu, bukan dlm adat utk raya. so org dewasa pak2 tak main ...yg main kanak2, main tanpa pengawasan org dewasa, pastu suka suki modify nk kasi lagi gempak sbb nk bersaing ngan anak2 jiran sape lagi hebak. tu yg sampai putus jari...tp penah juga dgr org dewasa melayu putus jari.
ingat lagi beberapa tahun lps kat trg kalau tak silap stor mercun kat tepi rumah terbakar dan meletup sampai anak dia maut tercampak ke atas pokok
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:49 AM | Show all posts
if korang ada kawan cina, ada je kisah cina dengan mercun ni..
cumanya tak masuk berita..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:00 AM | Show all posts
main la nak main aih

setahun berapa kali je kot kita ni main mercun

bukan tiap2 malam

as long as takde yg parah & mati, main la puas2

aku dulu mercun das tu main dalam masjid hala ke makmum tgh solat

apooo gila kecik2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
4 am depa main mercun habis ter kejut budak dari tidur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla kol 1pagi byk mercun bunyi MLM smlm..sbb ni rupanyaaa..ingtkn sambut bday or marriage proposal
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 9-2-2022 10:00 AM
hairan, takde budak cina putus jari, terbakar jari,

diorang beli mercun gred A kot

Diorg bakar mercun sb nak jemput tuhan diorg, dan yg main tu pun org dewasa..tak nmpk pulka bebudak kecik cina pi sumbat2 merima buluh..
Tp kalau melayu, yg ramai.main bebudak kecik sb makpak sibuk bakau lemang, solat terawih lagi, bakar kuih..mana ada masa nk awasi bebudak main...tu lah kot sbbnya.melayu ramai putus sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 9-2-2022 10:28 AM
rasanya cina ni org dewasa pak2 yang main...sbb tu kepercayaan dorg...and bakar bukan nk bersaing dg ...

Kes yg kat kelate tu..kete terbako org pun hanguih..sb bawak stok mercun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:33 AM | Show all posts
aku tiada masalah orang nak main mercun tiap2 malam...yang jadi masalah bila lepas jam 1am pun kau masih main mercun itu memang buat gaduh..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644akku
Views : 505 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 1415 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11576 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 19475 Replies : 44

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.448208 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list