“Ah sudah…. Tertumpah pulak gam gajah ni sampai kena kat tangan dengan baju. Habis melekat, makin lambat kerja aku jadinya. Macam mana cara hilangkan gam gajah ni?”
Memang stres bila gam tertumpah dan melekat dekat tangan. Kalau nasib kurang baik, tertumpah banyak sampai terkena baju, lantai atau mana-mana permukaan lain yang susah dibersihkan.
Jangan risau, ada banyak tips, petua dan cara hilangkan gam gajah atau super glue ni.
Jom kita tengok apa yang boleh anda cuba jika terjadi kejadian yang tak diingini seperti ini.
APA ITU GAM GAJAH?Gam Cyanoacrylate adalah nama sebenar untuk apa yang biasanya dikenal sebagai “Gam Gajah”
atau “Super Glue”.
Sebenarnya, istilah gam cyanoacrylate secara amnya menggambarkan gam melekat segera.
Ia boleh digunakan untuk melekatkan apa sahaja dari logam ke plastik dan juga malangnya kulit manusia.
Tidak seperti pelekat tradisional yang berasaskan air, gam cyanoacrylate terdiri daripada resin akrilik.
Bahan utama dalam gam cyanoacrylate adalah cyanoacrylate, yang merupakan monomer akrilik yang berubah menjadi keadaan plastik setelah diawetkan (curing).
Gam gajah ini banyak digunakan untuk membaiki sesuatu yang tertanggal atau kerja kerja seni tangan yang memerlukan dua permukaan dilekatkan.
Malangnya kadang-kadang berlaku dimana si penguna mendapati sebahagian gam ini terlekat pada tangan.
Jadi, bagaimana cara hilangkan gam gajah dari tangan, atau permukaan lain yang terkena gam ini tanpa sengaja?
7 CARA HILANGKAN GAM GAJAH PADA TANGAN, KAIN & PLASTIK1. RENDAM DALAM AIR SABUN SUAMSekiranya gam gajah belum kering sepenuhnya, rendam kawasan yang terkena di dalam
air sabun suam.
Isi mangkuk atau baldi dengan air dan sabun atau bahan pencuci yang sedikit hangat – tetapi bukanlah yang mendidih.
Rendam kawasan yang terjejas selama 5 hingga 10 minit.
Setelah gam menjadi lembut, gosok perlahan-lahan.
Jika gam gajah terkena tangan, jangan teruskan jika terasa sakit atau kelihatan seperti boleh merobek kulit.
2. GARAMLagi satu petua hilangkan gam gajah pada tangan ialah dengan menggunakan
garam saja.
Caranya, mula-mula basahkan kedua tapak tangan terlebih dahulu.
Kemudian ambil garam dan sental pada jari yang terkena gam sehingga bersih.
Tapi pastikan anda berhati-hati jika ada kesan luka pada jari sebab garam boleh menjadikan luka berasa pedih tau!
3. MENTEGA / MINYAK MASAKMentega dan minyak, seperti minyak kelapa, dapat membantu memisahkan jari-jari yang terlekat oleh gam secara tidak sengaja.
Cuba rendam kulit dengan air suam terlebih dahulu, kemudian gosokkan minyak atau mentega ke kawasan yang melekat untuk meleraikannya.
Sapukan lebih banyak minyak dan urut kawasan tersebut sehingga gam hilang.
4. PENGHILANG CAT KUKU (NAIL POLISH REMOVER) ATAU ACETONE