View: 1118|Reply: 18
|
[Tempatan]
Bekas penerjun negara, Leong Mun Yee, atlet terbaru bergelar Datuk
[Copy link]
|
|
Mun Yee atlet terbaru bergelar Datuk
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... aru-bergelar-datuk/
Oleh Meja Sukan
8 Februari 2022, 1:56 pm
LEONG Mun Yee menerima pingat PMW yang membawa gelaran Datuk. - IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
PETALING JAYA: Bekas penerjun negara, Leong Mun Yee menjadi atlet terbaharu mendapat pengiktirafan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini yang membawa gelaran Datuk.
Berita tersebut dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) yang menulis dalam Facebook: “Bekas atlet terjun negara @angelaleong (Mun Yee) terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.”
Mun Yee muncul atlet kedua menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk selepas Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 9 Oktober lalu.
Lebih manis, Mun Yee menerima anugerah itu dalam Istiadat yang sama jaguh paralimpik negara, Abdul Latif Romly menerima anugerah PMW.
Mun Yee mengumumkan persaraan selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, iaitu setelah 27 tahun menabur bakti kepada negara.
Sepanjang 27 tahun terbabit dalam sukan terjun, atlet kelahiran Perak itu telah menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa dalam Sukan SEA.
Mun Yee, 37, turut pernah memenangi perak bersama Pandelela dalam acara 10 meter seirama wanita pada Kejohanan Dunia di Gwangju 2019.
Sebelum ini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Azizulhasni Awang turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran sama.
Azizulhasni yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ menerima gelaran berkenaan menjelang aksi di Tokyo.
Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David antara atlet yang menerima pengiktirafan ketika masih aktif. – UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Negeri mana yg bagi? Selangor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
baca balik berita tu dari mula.
ada tulis dari Wilayah Persekutuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Org lama dalam bidang terjun ni...syukur ya sis |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaloi dengan pengorbahan yang dah dilakukan |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Mun Yee, more than 20yrs menabur bakti.
Childhood and adulthood spent kat kolam renang. |
|
|
|
|
|
|
|
Wilayah Persekutuan? baru tau WP bole bagi..igt negeri yang ade Sultan or TYT je yang bagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah! Ini baru berbaloi terima anugerah. |
|
|
|
|
|
|
|
kuar kt berita.. DYPA bagi pingat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Datuk Mun Yee!
Aku baru perasan ada pingat Wilayah Persekutuan.
btw, head gear yang dia pakai tu apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh bawa mati???
dah mati mausk syurga ke dengan gelaran tu?
kalau ko dapat cucu pun ko boleh jadi datuk lahhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah Mun Yee.. Datuk Mun Yee |
|
|
|
|
|
|
|
ala comey nye die
tahniah mun yee dan abd latif romly
anyway ada x retis yg dpt kali ni
|
|
|
|
|
|
|
|
napa tu? macam marah bebenor
|
|
|
|
|
|
|
|
xde marah
perasaan ko saja tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|