View: 3723|Reply: 32
|
Lamar Teman Lelaki Depan Pintu Mall, Keena Mentor Nak Kahwin
[Copy link]
|
|
Penyanyi Keena Mentor, 36, pernah menjadi tular apabila mencipta kelainan tersendiri dengan melamar teman lelakinya, Noor Azam Zohari, 49, di pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang turut disaksikan orang ramai empat tahun lalu.
Selepas sekian lama menyulam cinta, Keena berkongsi berita gembira untuk mendirikan rumah tangga pada Aidilfitri ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/08/093314wcovkkz2iockixak.png) Foto: IG
Di sebalik khabar gembira yang dikongsikan, Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab turut meluahkan rasa terkilan kerana gagal mengotakan impian arwah ibu yang mahu melihat dirinya berkahwin dan menimang cahaya mata.
Ibunya, Sofiah Wook menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun akibat komplikasi paru-paru di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada Mei tahun lalu.
"Kami sudah berkawan sejak lima tahun dan bertunang selama dua tahun, jadi rasanya tidak perlu tunggu lagi. Lebih baik berkahwin sahaja. Apatah lagi, ramai yang sering bertanya bila saya bakal berkahwin.
"Saya gembira untuk berkahwin, tetapi dalam masa sama berasa sedih dan ralat kerana arwah ibu tiada bersama-sama sepanjang proses perkahwinan. Walhal ketika hayatnya, arwah ibu yang paling seronok apabila saya bertunang dan akan berkahwin. Saya anak yang paling bongsu daripada lapan adik-beradik. Jadi, memang sangat manja dengannya.
"Jiwa memang rasa kosong untuk beberapa bulan pertama selepas pemergian ibu. Namun ibu sempat menitipkan pesanan kepada bakal suami untuk menjaga saya sebaiknya seolah-olah tahu dia akan pergi dahulu," katanya.
Selain menitipkan doa buat arwah ibunya, Keena turut menghasilkan dua single berjudul Ibu dan Anggun pada tahun lalu khas buat arwah ibunya.
Malah, dia turut mengeluarkan pelbagai produk kecantikan di bawah jenama Ibu Yah Wook.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Keena tidak kisah andai dirinya dilabel sebagai artis sendu.
Sedar dirinya tidak popular seperti teman seperjuangan yang lain, Keena menjelaskan meskipun dipandang sepi oleh segelintir pihak, dia tetap bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus.
"Saya tidak kisah kalau orang kata saya artis sendu, mungkin saya tidak popular kerana tidak ada sebarang kontroversi. Sebagai anak seni, kalau boleh saya mahu orang nampak bakat saya bukan kontroversi.
"Benar, saya akui memang jalan pintas untuk lebih popular jika ada kontroversi, tetapi orang tidak akan memberi sokongan sebaliknya hanya mencemuh," katanya.
Keena yang mula dikenali selepas menyertai program realiti Mentor musim ketiga pada 2009 memberitahu, selepas 13 tahun dalam industri seni dia sudah tidak menitikberatkan soal populariti.
"Sendu sendu saya pun, saya sudah berlakon banyak drama dan sudah melancarkan hampir 20 single. Sejak tahun lalu saya sudah dilantik menjadi ikon Antidadah selama tiga tahun.
"Saya juga kini sibuk sebagai pengacara program travelog berjudul Roda Permotoran Malaysia yang bakal memasuki musim kedua.
"Jadi, saya tidak menghilang sebaliknya begitu sibuk dengan kerja. Selain itu, saya juga bakal mengeluarkan single terbaharu tidak lama lagi," katanya pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) baru-baru ini.
Menyentuh mengenai perkembangan terbaharu karier seninya, Keena bersyukur apabila dilantik menjadi penyanyi lagu tema Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) yang berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan di WTC, Kuala Lumpur.
"Lagu yang berjudul Hari Usahawan Negara itu dicipta oleh Amy Ukays dan lirik oleh Datuk Sri Abu Hasan Mohd Nor mengambil masa sehari sahaja untuk proses rakaman.
"Sebagai penyanyi, saya berasa cukup bertuah kerana terpilih untuk menyanyikan sebuah lagu tema acara besar seperti HUN 2022.
"Bukan itu sahaja, saya bersama kelab motosikal berkuasa tinggi, Black Horses MG juga akan mengikuti program jelajah HUN 2022 ke setiap negeri di Malaysia," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/keena25hmlamar_1572008620.jpg)
nah sebelum acik2 kepam bising tanya gambar meols tepek dulu.
sedap gak laki dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama gak melamar ye iols selalu ingat bila melamar ni maknanya 2 minggu lagi nak kawen laa
Mcm omputeh tu laa tp depa pun ada yg cuma melamar jela so kira bertunang pastu tak kawen2 pun lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 8-2-2022 09:38 AM
nah sebelum acik2 kepam bising tanya gambar meols tepek dulu.
sedap gak laki dia.
Bakal laki dia not bad eh untuk umur 49.
Pandai jaga diri .
Harap lepas kawin tak boroi , macam dia pulak yang preggy.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia asal penyanyi rupanya. Ingatkan pelakon. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak yammiz jugak patutla si kinah yg melamar ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Aih umur dah nk tua dua2 lagi mau tunang lama2 buat apa?kawin je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua pun nak fefeeling tu tunang lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
kanina mana pulak niiii.... btw laki sheols so yummeh... lah tibeh |
|
|
|
|
|
|
|
kagum iols pompuan minang lelaki. salute |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni adik ipar amy search kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cam pulak yena ke kena artis tersohor mana ni![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bukan.. adik ipar amy search si KAT..
adik bini amy..
keena ni protege tokwie masa mentor dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada Iras2 rosnah mat aris. Dengan soalan, dia buat muka ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik herlokk & dapnyehh..walaupun umo da kertu
|
|
|
|
|
|
|
|
berani! semoga dipermudahkan urusannya |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ke yg kontroversi jaga anak boifren bersekedudukan ke meolls salah org? |
|
|
|
|
|
|
| |
|