CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 7

Avaa Vanja Sah Bercerai Talak Satu, Harap Bekas Suami Tak Bermasam Muka

[Copy link]
Post time 8-2-2022 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Lebih sebulan turun naik mahkamah, pelakon Avaa Vanja memaklumkan dia sudah diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.40 pagi, Isnin.


Biarpun sedih perkahwinan selama sepuluh tahun musnah, Avaa, 42, bagaimanapun turut meluahkan rasa lega kerana segalanya berakhir dengan cara baik dan damai.




Foto: IG




"Hari ini selesai proses jatuh talak di mahkamah.


"Ini adalah persetujuan bersama dengan bekas suami dan ia berlaku seperti yang sepatutnya.


"Saya melaluinya dengan tenang dan terima ketentuan ini dengan reda. Kita tidak boleh melawan takdir Tuhan," jelas Avaa.




  



Sementara itu Avaa berkata, hak penjagaan anak masih belum ditetapkan dan menunggu tarikh baharu untuk perbicaraan mahkamah.


Bercakap tentang hubungan dengan bekas suami, Avaa hanya mengharapkan mereka berdua tidak bermasam-muka demi kebaikan dan masa depan anak.


  



"Setakat ini kami hanya berhubung melalui peguam masing-masing sahaja untuk selesaikan kes ini.


"Bagaimanapun saya harap hubungan dengan bekas suami akan baik sahaja demi anak kami," katanya.


Avaa mendirikan rumah tangga Amil Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia sepuluh tahun.


  



Sementara itu, Avaa reda dengan perpisahan yang berlaku dan sudah cuba menjadi isteri yang baik untuk rumah tangga yang dibina itu.


"Tidak boleh terlalu sedih dan kecewa. Selama ini saya cuba jadi isteri yang terbaik, namun jodoh kami tidak panjang.


"Semestinya saya akan lebih fokus kepada kerjaya seni setelah sekian lama menyepi. Saya mula aktif dengan kerja di belakang tabir dan menjadi pembantu pengarah," kata Avaa.


  



Pada 2 Disember lalu, pelakon filem Kampong Pisang Bersiri-Siri ini mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun sedang bergolak.


Dia membuat keputusan perceraian terhadap suaminya selepas tidak mencapai kata sepakat dan berpisah adalah jalan terakhir mereka. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 09:44 AM | Show all posts
takziah.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer ni skarg tengah top betul ye. Byk kes mmg nampak nama depa je.. mmg bagus betul la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:22 PM | Show all posts
xpe..skang dah kurus sikit kan..pasni leh mendonia acam dulu...kurang2 leh pegang watak mak2 ke..kakak2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kenangan ambik gmbr ngan artis lain tp avaa termasuk jg dlm pic, nmpk dia tgh cebik bibir..... Aku sedar lah aku gemuk, ko tu kurussss smp skrg
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 01:29 PM | Show all posts
daring avaa ni waktu selim dulu. now dah macam makcik makcik je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolu masa adik sheols mula2 berlakon, iols ingat ava nieylah. Detik hati iols, dah glowing, bertambah syantik fomfuan nieyh. Ropanya ittuew adik sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan bini anak Daim tetiba rasa tercabar sudah yerk. Tapi ramai acik2 lebih suka pada adik dia, Mona.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.135984 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list