CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Sabah] Buruh ladang cabul anak kandung dihukum penjara 20 tahun, lapan sebatan

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:13 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Tertuduh diring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana mencabul dua anak kandungnya yang masih dibawah umur.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh, lelaki, 50, yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa mencabul anaknya pada penghujung Ogos 2020 di sebuah rumah pekerja Ladang Belian, Benta Wawasan, Jalan Luasong, dalam daerah Kalabakan.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, tertuduh didakwa meraba kaki kiri mangsa yang berumur17 tahun ketika kejadian.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan didakwa meraba bahagian lutut kiri seorang lagi anak perempuannya berumur 15 tahun ketika kejadian pada Januari 2021 pada jam 11 malam.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh disebat.

Pertuduhan turut dibacakan bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama dan jika sabit kesalahan hendaklah dikenakan hukuman tambahan penjara tidak lebih lima tahun serta tidak kurang dua sebatan.

Mengikut fakta kes, mangsa dikatakan menghubungi bapa saudaranya yang berada di Keningau pada 22 Disember 2021 sebelum memaklumkan tindakan tertuduh mengugut untuk membunuh seorang kakaknya menggunakan tombak.

Bimbangkan keselamatan anak buahnya, pengadu bertindak datang ke kediaman mereka untuk berbincang sebelum mengetahui tertuduh telah melakukan cubaan rogol dan meraba anak-anaknya.

Bertindak atas nasihat daripada Konsulat Republik Indonesia, pengadu membuat aduan polis sekali gus membawa kepada penahan lelaki berkenaan pada 11 Januari 2022.

Sementara itu, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana perlu menyara keluarga selain menyesali perbuatan jijik tersebut.

Bagaimanapun Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amir Shah Amir Hassan menjelaskan kesalahan tertuduh adalah berat dan serius selain mengambil kira kepentingan awam dan trauma emosi kepada mangsa yang juga anak kandungnya.

Sehubungan itu, Amir Shah menetapkan tertuduh dipenjara selama 10 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan.

Tambah Amir Shah, hukuman tersebut hendaklah dijalankan secara berasingan sebelum tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwa dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Jhassary Kang.


utusanborneo.com.my/2022/02/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.063396 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list