CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 3-4-2022 02:22 PM | Show all posts
PUDING COCKTAIL

Bahan2:
2 TIN SUSU CAIR
1 TIN SUSU PEKAT
1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD
1 TIN BUAH COCKTAIL AMBIL ISI
1 TIN BUAH LAICI AMBIL ISI
1 TIN BUAH LONGAN AMBIL ISI
BUAH STRAWBERRY DIPOTONG2
BUAH KIWI DIPOTONG2

CARA2
MASAKKAN SUSU CAIR DAN SUSU PEKAT..MASUKKAN TEPUNG CUSTARD DAH HANCUR TUTUPKAN API
SEJUKKAN SEKEJAP BARU MASUKKAN SEMUA BUAH2 TADI
MASUKKAN DIDLM PETI SEBELUM DIHIDANGKAN.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2022 03:26 PM | Show all posts
Sagu Longan Bersos Santan

Bahan-bahannya:
250 gram sagu
500 ml air
150 gram gula pasir/gula melaka (boleh kurangkan kalau tk suka manis)
daun pandan
buah longan secukupnya

Sos santan:
250 ml santan
½ sdt garam

Cara-caranya:
cuci sagu sebentar dan tapis.
Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, masukkan sagu sambil dikacau hingga pekat dan mendidih. Bila dah masak angkat dan toskan.

Sos Santan
Masak semua bahan sos sambil dikacau agar santan tidak pecah. Bila dah mendidih matikan api.
Air gula melaka- jika suka. Kalau letak gula melaka..tak perlu masukkan gula masa merebus sagu.
Masak 1/2 cawan gula melaka yg telah diracik dengan 1 cawan air. Bergantung lah nak pekat macamana.
Sajikan sago dengan Sos santan dan buah longan .
tambah gula melaka jika suka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2022 03:36 PM | Show all posts
pecel ikan pari

*Ikan pari di bakar / goreng dulu
*2 ulas bawang merah
* 10 biji cili padi kepedasan ikut selera masing2.
* cekur (Buah + Daun)
* 1 Asam keping
* 1 kontak kecil santan + 2 stgh kotak air)
* garam
* gula
* bahan perasa

Tumbuk bawang merah, cili padi, Dan Buah cekur,
Tuang Santan dan air dlm periuk diikuti asam keping dan bahan tumbuk,
Agak dah mendidih sikit masukkn ikan dan cukupkn rasa..
Racik halus Daun cekur kemudian taburkan,, dah cukup rasa boleh matikan..
Kalau kuah pekat Sgt boleh tambah air lagi yer..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 04:38 PM | Show all posts
3. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
  • 300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
  • 1 pokok Fat Choy | potong panjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 2cm halia |hiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
  • 1 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
  • Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
  • Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing.  Ketepikan.
  • Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
  • Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:30 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 4-4-2022 08:31 AM

4. DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
  • 300gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
  • 3 pokok anak kailan | potong 3-4cm  & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
  • Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  • Sambil itu sediakan sos.  Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  • Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  • Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan  bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  • Kemudian masukkan  daging yang telah diperap tadi.
  • Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  • Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  • Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.



Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:33 AM | Show all posts
Tashu replied at 3-4-2022 02:36 PM
pecel ikan pari

*Ikan pari di bakar / goreng dulu

Loh...ada kawan nak masak ini...ingatkan pecal taruh ikan pari
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2022 10:02 AM | Show all posts
popia satar

Bahan:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara:
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2022 10:16 AM | Show all posts
PUTU MAYAM

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak
Pes pandan (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Daun pisang
Gula kabung  
Kelapa parut putih

CARA-CARA:
1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam .buat la banyak keping pun takpa. Panaskan kukusan.
2.Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit-sedikit.
5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.
6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar kat luar kemudian susun dalam kukusan.
7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak susun dalam bekas.
8. Parut gula kabung. Mak kakmin memang guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tak sama dengan gula lain. Gula kabung beli online di sini
https://shp.ee/u6dqtbm
Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.

Acuan putu mayam mak saya ni usianya dah puluhan tahun.jenis tembaga. Kalau cikpuan teringin nak buat, acuan putu mayam ada jual online kat kedai ni.
https://shp.ee/pmnmxmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 10:46 AM | Show all posts
5. DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;">
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
  • 500gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 1sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • 1sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan air rebusan stok ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3cm halia  | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 400gm kacang pis | bersihkan
  • 1/2 biji cili benggala
  • Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
  • Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  • Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
  • Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
  • Tuangkan bahan sos dan kacau rata.  Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

  • | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  • Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  • Tutup api dan daging sedia dihidangkan.












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2022 03:32 PM | Show all posts
Daging Masak Lada Hitam

500++ grm daging
Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam biji*
2 sudu makan jintan manis biji*
Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*
Kicap lemak manis 2 sudu besar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)
Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*
Cuka 1 sudu kecil
Minyak secukupnya
Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api
Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup

Cara
Blend bahan yg bertanda *
Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min
Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)
Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk
Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 02:43 AM | Show all posts

6. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;">


BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
  • 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
    IKLAN

  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang | potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
  • Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  • Kemudian masukkan  udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
  • Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.
  • Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  • Kacau rata dan tutup api.
  • Sedia dihidangkan panas-panas.


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 04:56 PM | Show all posts
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;">
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
  • 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
  • 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
  • 1/4sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • Bahan-bahan lain:
  • 4 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
  • 5 tangkai cili kering | potong 2cm
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
  • Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan  perapan yang lain dalam mangkuk.
  • Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
  • Sementara itu masukkan semua  bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,  goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
  • Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
  • Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
  • Tutup api, dan gaul rata.
  • Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:17 AM | Show all posts
Sate Daging Goreng

1kg daging potong kecik2
7 tangkai cili kering (optional jika nak rasa pedas)*
7 ulas bawang merah*
2 cm legkuas*
3 batang serai*
3 sdb ketumbar *
2 sdb jintan manis*
2 sdb jintan halus*
Serbuk kunyit*
****blend semua bahan
Gula
Garam
.
Cara :
Tumis sebentar bahan bland.
Bila dah masak tuang atas daging gaul2kan.
Tambahkan gula biar ada sikit rasa manis.
Perasakan dgn garam.
Perap semalaman atau 4 jam lbh .
Guna stirfry masukkan sedikit butter@minyak. Jgn byk coz minyak tumis cili dah ada .
Tumiskan sekejap. Off
Guna high preasure 20 mnt .
Bila dah siap offkan.
Tukar pada stirfry utk keringkan.

Cara biasa:
Panaskan kuali. Tambahkan sikit minyak atau butter.
Goreng daging hingga masak lembut dan kering.
Sdp hidangkan besama nasi impit,nasi panas kuah kacang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:18 AM | Show all posts
UDANG MASAK DIRAJA

1/2kg udang.

Bahan-bahan dikisar:-
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai diketuk
1kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat
Cara-cara
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:19 AM | Show all posts
YAM PANGGANG ALA DOMINOS

Bahan2
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Serbuk cili
Bawang putih
Lada hitam
Madu
Sedikit minyak
Garam /gula

Gaul semua bahan perap 2 jam..bake pd pd suhu 180°c 30minit..ikut oven masing2


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:20 AM | Show all posts
Nasi Goreng Jagung

Bhn tumbuk
Cili api merah + 1sdb cili kisar(sy guna cili giling adabi)
Bwg putih
Bwg merah
Lain2 bhn
Udang
Nasi
Telor
Jagung
Kacang buncis
Daun sup
Garam
Perencah nasi goreng kpg seri aji

# tumis bhn tumbuk hgga keperangan, masukkan garam, kemudian udang, masukkan telor di kocak2 sekjp.. Biar sedikit keras masukan jagung, kacang buncis, nasi dan perencah nasi goreng, gaul2 hgga sebati.. Ltk sedikit kicap manis & last daun sup.. Gaul lg bg sebati ..
Note:- sebelum msk nasi grg.. Ltk udang dlm kuali kecut kan sekejap utk keluar kan air udang, bila udang dh kemerahan, terus angkat .. Tujuannya bila masukkan udang dlm bhn tumisan, tiada air udang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2022 10:25 AM | Show all posts
NASI KHOUMOK

Bahan²
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
3 sdb minyak sapi/ mentega
2 batang akar ketumbar
3 sdb rempah khoumok
Rempah 4 sekawan
1 pokok daun ketumbar hirus kasar
1 kiub ayam
2 sdb susu pekat manis/ cair

Bahan hiris:-
1 labu bawang besar merah
1 Inci halia
4 ulas bawang putih

Cara² memasak:-
1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
2. Masak air dlm rice cooker hingga mendidih sambil² tu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
3.Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati² kacau takut hancur.
4. Tuangkan beras dlm rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.

AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam dipotong 12 ketul
1 labu bawang putih
4 batang Serai
2 inci halia
1 sdb ketumbar biji
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb cili giling
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara²:-
Bahan² ni diblend semua dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam. Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.
** Nak dapatkan ayam yg cantik dan serdak² yang tak hangus kena jaga main api. Jgn terlalu besar atau kecik apinya.

SOS CILI THAI
Bahan²:-
10-15 biji cili padi merah hijau
4 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1 pokok akar ketumbar
2 biji tomato masak ranum
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara² buat sos thai:-
1. Kisar semua bhn² diatas.
2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat.
Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:28 AM | Show all posts
Biskut suji badam

Bahan bahan:
250 tepung
80grm gula asing
100grm minyak sapi QBB
50grm serbuk badam.

Cara.cara nya
Minyak sapi dan gula di kacau guna senduk
.sebatikn
Masuk serbuk badam..gaul rata dan masukn tepung gandum sikit sikit sampai menjadi doh yang lembut..bulat kan je senang X yah terap2 ko pon bukan rajin
Panas kn oven suhu 160 10 minit
Baru bakar adunan selama 30 minit
Atau ikut oven memasing...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:29 AM | Show all posts
ROTI PURI BELON

2 cawan tepung gandum
1 sdb yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

cara2
- tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan sebesar bola pingpong..perap selama ½ jam...
- setelah adunan kembang..lenyekkan dengan penggelek..
- panaskan minyak, minyak kena betul² panas yer baru roti kembong...goreng sampai agak kekuningan...
Boleh mkn bersama sambal sardin @ gulai ayam..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 10:31 AM | Show all posts
sotong sumbat telur

Bahan2 nya:
Sotong (sekilo)
4@5 biji telur
Udang(yg telah di cincang)
Bawang besar(di cincang halus)
Cili merah(di cincang halus)
Daun sup/ daun bawang(di cincang halus)
Garam(secubit)
Serbuk lada hitam(1 sudu kecil)
(pukul telur dan campur bahan2 yg dicincang halus dan digoreng separuh masak)
Sejukkan dan sumbat ke dlm sotong

Tuk sambal:
Cili kering(trpulang byk mna yg kita nk, ikut kepedasan masing2)
Bawang merah
Bawang putih
Serai
(bahan diatas di mesin halus)
Sos tiram
Garam serta gula

Panaskn minyak, tumis bahan yg dimesin sehingga garing dan pecah minyak, masukkan sos tiram, gula, garam serta serbuk perasa secukup rasa, kacau biarkn hingga agak pekat, masukkan sotong yg telah disumbat telur tadi, kacau hingga rata dan sehingga sotong lembut,blh la angkat dan di hidangkan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.117365 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list