CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 5

[Tempatan] Kubu bersejarah makin ghaib

[Copy link]
Post time 7-2-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Kubu bersejarah makin ghaib


Kubu kecil atau ‘bunker’ yang berfungsi sebagai pos pertahanan tentera ketika penjajahan British terutama Perang Dunia Kedua di Pulau Pinang. FOTO BERNAMA

Georgetown: Kubu kecil atau 'bunker' yang berfungsi sebagai pos pertahanan tentera ketika penjajahan British terutama Perang Dunia Kedua di Pulau Pinang, kini semakin terbiar tanpa sebarang usaha pemuliharaan.

Lebih menyedihkan, apabila kubu kecil yang turut digelar sebagai pillbox dalam istilah ketenteraan ini terus terpinggir dan kebanyakannya berada dalam keadaan terbiar tanpa sebarang usaha menjadikannya sebagai satu tarikan pelancong.

Keadaan bertambah teruk dengan sikap sesetengah pihak menjadikannya sebagai tempat pembuangan sampah-sarap. Dek kerana sikap sebegini, kebanyakan bunker rosak dan dilihat tidak mempunyai nilai. Lebih malang kubu yang terbiar dilihat hampir tenggelam kerana dipukul ombak berikutan kedudukannya di tepi pantai.

Selain itu, sebahagiannya turut dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan baharu.

Kubu kecil berkenaan adalah simbol sejarah yang perlu dijaga sebaik mungkin bagi memastikan generasi hadapan dapat menghayatinya biarpun tidak melalui zaman peperangan serta darurat.


Tinjauan di Permatang Tepi Laut, Batu Maung mendapati terdapat dua kubu pertahanan di tepi pantai berkenaan iaitu di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Satu daripadanya dilihat rosak dan ditenggelami dengan hakisan pantai manakala sebuah lagi masih kukuh namun dipenuhi botol plastik dan sampah-sarap.

Difahamkan, kubu itu dibina tentera British pada 1940-an di sekitar pesisir pantai di Pulau Pinang bertujuan menghalang kemaraan tentera Jepun namun ada di antaranya gagal dikesan.

Kelebihan kepada bunker adalah lubang kecil pada sekeliling struktur dan tapak bagi meletak senjata berat atau anti pesawat dan amat penting ketika berlaku peperangan.

Menurut Ketua Unit Nelayan Permatang Tepi Laut, Batu Maung, Mohamad Kassim Mohamad, kubu pertahanan itu harus dijaga dan dipelihara.

Tambahnya, ia boleh dijadikan sebagai muzium kecil bagi tujuan pendidikan dan tarikan pelancong, bagi mengelakkan terus lenyap dek perubahan masa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejarah-makin-ghaib


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 10:37 AM | Show all posts
ye la...sayang ek..peninggalan sejarah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:44 AM | Show all posts
korang gi pulau jerejak tu, dalam tu lg banyak peninggalan. ada penjara, ada gereja, sekolah, siap ada empangan lagi tu. pulau jerejak ni terlibat masa perang dunia ke2, pernah ada pertempuran kecil kat situ, tentera rusia mati. sampai skrang ade kuburnya.  yang dok pertahan belah2 georgetown je, belah2 tempat lain camtu jah.  rumah 99 pintu kat tengah2 estet tu masa pkp tiba-tiba terbakar. ada yang speku memang dibakar
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:46 AM | Show all posts
negara ni memang tak reti nak pelihara dan pulihara bahan sejarah eh? silap2 kubu2 ni berguna balik manatau satu hari msia kena serang..dah ada kubu tu hah utk digunakan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sejarah..apa??? talak untung maa...buat mall lg untung...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:23 PM | Show all posts
sabar...kroni blom submit tender 4.5 b nk upgrade cat luaq dlm...ko tlg aku aku tlg ko....sabaq no
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054270 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list