CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 1

[Sabah] Sekolah ditutup tujuh hari sekiranya berlaku penularan COVID-19

[Copy link]
Post time 5-2-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah menggariskan tatacara penutupan sekolah sekiranya berlaku penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, berdasarkan kepada situasi semasa di Sabah, terdapat beberapa tindakan telah diputuskan melalui Mesyuarat Pengurusan Bencana Negeri Sabah COVID-19 untuk dilaksanakan segera.

"Antaranya, penutupan sekolah serta-merta selama tujuh hari sekiranya terdapat sekurang-kurangnya dua orang positif COVID-19 yang melibatkan satu penularan dalaman dan telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dari kalangan pelajar, guru atau kakitangan sekolah yang terbabit.

"Hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja dibenarkan pulang ke asrama (penuh atau harian) bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 7 Februari 2022," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu katanya, Sabah merekodkan empat lagi Kluster COVID-19 yang melibatkan institusi pendidikan pada 4 Februari 2022.

Pada hari yang sama katanya, Sabah juga merekodkan dua kematian baharu disebabkan wabak berkenaan.

"Masing-masing kes berlaku di Sandakan dan Tuaran, bagaimanapun bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/05
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2022 01:39 PM | Show all posts


COVID-19 : Kerajaan Sabah Arah Tutup Sekolah 7 Hari Sekiranya Terdapat Dua Orang Positif

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memutuskan untuk menutup sekolah serta merta selama tujuh hari sekiranya terdapat penularan kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tindakan itu adalah bagi melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada terkena jangkitan.

“Berdasarkan situasi semasa di Sabah, kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah serta merta selama tujuh hari sekiranya terdapat sekurang-kurangnya dua orang positif COVID-19 yang melibatkan satu penularan dalaman.

“Ia perlu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang terbabit,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja dibenarkan pulang ke asrama (penuh/harian) bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 07 Februari 2022.

Pada 28 Januari lalu, Kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan serta-merta 10 buah sekolah yang mencetuskan kluster melibatkan institusi pendidikan di negeri ini.

Namun sehingga semalam sebanyak 15 kluster membabitkan institusi pendidikan melibatkan fasiliti pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus bertambah.

KLUSTER INSTITUSI PENDIDIKAN FASILITI KPM

(Direkodkan bermula 16 Januari 2022)

Kluster Jalan Kepayan Lama Tambunan
Kluster Puri Ranau
Kluster Jalan Pertukangan Sandakan
Kluster Jalan Bypass Kologon Ranau
Kluster Jalan Sri Balung Tawau
Kluster Jalan Teritipan Kota Marudu
Kluster Jalan Kiulu Tuaran
Kluster Jalan Terusun Lahad Datu
Kluster Puri Seberang Keningau, Keningau
Kluster Batu 24 Nabalu
Kluster Jalan Apas Batu Lima Tawau
Kluster Jalan Pendidikan Ranau
Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh Sandakan
Kluster Jalan Tandek Kota Marudu
Kluster Jalan Taman Beringin Kota Marudu

KLUSTER INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN FASILITI KPM
Kluster Pandan Pandan Putatan (Madrasah)
Kluster Lorong Api-Api (Kolej)


sabahmedia.com/2022/02/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059540 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list