CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 6082|Reply: 50

Sekali Lafaz Usop Dah Bergelar Suami, Tak Terburu-Buru Nak Anak

[Copy link]
Post time 4-2-2022 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Dua tahun perkenalan akhirnya penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz pada 10 pagi, Jumaat.


Melahirkan rasa syukur, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berharap dia dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik biarpun usianya masih muda.


Penyanyi berusia 24 tahun ini turut berkata dia ingin menjadi seorang suami yang terbaik buat Fatihah, 25.




Foto: IG




"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini


"Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.


"Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan," katanya.




  



Majlis akad nikah secara tertutup diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.


Dalam majlis pernikahan itu menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.


Manakala mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.


Berkongsi mengenai cahaya mata, naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 ini enggan terburu-buru kerana ingin fokus membina kehidupan sebagai suami isteri.




  



"Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.


"Tapi buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya," ujarnya.


Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
haaaaa tahniah tahniah alhamdulillah. moga hidup diberkati ALLAH. leklok naaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekilas sheol mekap macam sasha elite

moga berkekalan laaa sopppppp

bukan senang dapat minik lawaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:29 PM | Show all posts
Cam tak happy je couple ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I ingatkan heols dah 34. Seriously baru 24??
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..semoga dpt melayari bahtera rumahtangga aman damai..harapnya takde la kedengaran drama2 rumahtangga yang x sedap didengar pasni..Aamiin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dikenali sbb cerita nk kawin je ke. Sendu btl la
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu lagi dia ni rupanya, isterinya mmg anak mami sungguh. Muka mcm pelakon yg pompuan yg selalu berlakon ngn farouq dulu2 tu shazleen shabi ke apatah nama tp pesen muka camtu laa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 02:35 PM | Show all posts
iras kak ipar che ta pulak bila dah di makeup...

selamat pengantin baru....

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 01:59 PM | Show all posts
Tahniah. Moga kekal hingga ke Jannah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk rupa wife Usop ada iras2 Shasha Elite sikit2... Boleh tahan cun laaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang cun isterinya, huntongla. Tapi laki pulak insecure namapos. Jgn ada drama culik2 acu pestol lak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Usop ni retis apa chuols?
Dapat bini kemain lawanya
Mix of blood ke
Tung r..leh baiki genetik
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik wife ucop, semoga berkekalan hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..cantik menawan pengantin pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Cantik pula baju nikah pengantin perempuan. Kelihatan seperi kelopak bunga melati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
yang mata perempuan bengkak ari tu.ini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pompuan tu jgn sbb takut x bkawin sanggup kawin dgn mamat ni ye…kes lebam tu smpai skrg x tjawab..jgn kluar paper lg 2 bulan “kami tidak sehaluan” etc.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.. tahniah ucop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.866474 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list