View: 411|Reply: 0
|
KJ Dah Daftar Vaksin Untuk Anak 6 Tahun
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 3-2-2022 12:40 PM
Kuala Lumpur: "Semalam saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.
"Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka," kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkongsi perkara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.
Katanya, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ia adalah selamat.
"Ramai terutamanya di media sosial mereka minta supaya tidak dipaksa dan sebagainya, saya memberi jaminan bahawa contoh untuk kalau dewasa, tak lengkap vaksin kita tak benarkan masuk ke kedai makan, tak dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak, tiada syarat itu.
Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19," katanya.
Beliau yakin dengan terlaksananya PICKids, negara dapat mencapai tahap pemberian vaksin yang memuaskan.
Katanya, dengan itu pihaknya dapat memberi cadangan kepada kerajaan untuk memberikan lebih banyak kelonggaran seperti kawalan pintu masuk antarabangsa, kuarantin dan sebagainya.
"Kita bukan saja dapat menjaga kesihatan awam, tetapi merancakkan pemulihan ekonomi negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/02/806590/saya-sudah-tempah-vaksin-untuk-anak-kj
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon kongsikan...videonya nt...yer...pak menteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Hek eleh. Tempah je pun. Bukannya cucuk. |
|
|
|
|
|
|
|
nak telus mintakla doktor atau nurse antivaks yg cucuk anak kau.
|
|
|
|
|
|
|
|
buktikan la dulu secara live injection tu. nasib la abah ko menteri kan. |
|
|
|
|
|
|
|
KJ Dah Daftar Vaksin Untuk Anak 6 Tahun
Kuala Lumpur– Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan sudah mendaftarkan anak bongsunya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.
Perkara tersebut dimaklumkan bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau serta anaknya sendiri enggan divaksin.
“Semalam saya sendiri sudah tempah vaksin untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.
“Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.
Foto: Kosmo
Dalam pada itu Khairy Jamaluddin berkata, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak ini adalah selamat.
“Ramai terutamanya di media sosial mereka minta supaya tidak dipaksa dan sebagainya, saya memberi jaminan bahawa contoh untuk kalau dewasa, tak lengkap vaksin kita tak benarkan masuk ke kedai makan, tak dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak, tiada syarat itu.
“Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19,” ujarnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
status vaksinasi ko pun mencurigakan KJ oii.
mahu vsksin ank pula? kepala ke bawah bontot ke atas la ko |
|
|
|
|
|
|
|
sembang semua orang boleh sembang |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ada yang percaya ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya KJ snediri kantoi tipu cucuk vaksin..kan dah bertebaran dia edit sijil mysejatera tu. Lagi mau percaya ka |
|
|
|
|
|
|
|
Ank kj sume masih umur bawah 5thn ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sharifah amani ke ni
dgn nick orkid nya lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kajjal mana boleh berkahwin dan beranak-pinak persis Nabi Yesus Kristus #donebackup |
|
|
|
|
|
|
|
Antivaxx yg menggelupoh! Sian…. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 je la... Harap yg benar2 je |
|
|
|
|
|
|
|
bukan anak KJ
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|