CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 0

Tak Ramai Tahu Ini Punca Lelaki Mandul

[Copy link]
Post time 3-2-2022 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: Google Image





Terdapat banyak faktor yang menjadi punca kelemahan tahap kesuburan seorang lelaki menurut beberapa kajian. Acap kali perkara ini berlaku kepada setiap pasangan suami isteri yang mengalami isu ‘anak’, dan seperti selalu isu ini akan tertunding kembali kepada kaum wanita.


Namun tanpa kita sedar, ramai lelaki yang mengalami masalah kesuburan tetapi mereka tidak tahu kerana mungkin ianya agak sukar dikesan.


Menerusi artikel yang ditulis oleh Hello Doktor, pengkaji telah berkongsikan faktor utama dan punca seseorang lelaki itu mengalami masalah kesuburan. Mari kita sama-sama ambil tahu agar kita lebih peka mengenai permasalahan ini.


Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seorang lelaki itu mandul. Secara amnya, ia berkait rapat dengan sperma yang tidak cukup kuantiti, tidak aktif atau mempunyai kecacatan struktur.



Sumber: Google Image





Penyakit dan situasi klinikal yang boleh menyebabkan lelaki mandul. Ini ialah antara penyakit yang boleh menyebabkan seorang lelaki itu mempunyai masalah kesuburan atau mandul:


1. Jangkitan kuman
Sekiranya lelaki itu mengalami jangkitan yang memberi kesan kepada saluran tiub uretra yang mengeluarkan sperma, ia boleh mempengaruhi kesuburan mereka. Keradangan yang berlaku boleh menyebabkan tersumbatnya saluran tersebut memberikan simptom sakit kepada penghidap sekaligus menganggu proses ejakulasi.


2. Ejakulasi terbalik
Ejakulasi terbalik juga dikenali sebagai ejakulasi retrograd yang boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mandul. Ia merupakan satu keadaan dimana air mani masuk ke dalam pundi kencing dan tidak keluar daripada zakar. Kesannya, lelaki tersebut akan mengalami orgasme kering iaitu ejakulasi tanpa air mani. Penyakit ini boleh berlaku kerana masalah kencing manis dan penyakit saraf yang lain.


3. Varikosel
Varikosel ialah satu keadaan kesihatan di mana saluran vena pada testis lelaki membengkak. Ia berpunca daripada  aliran darah secara berlebihan yang menyebabkan suhu kantung testis menjadi tidak ideal bagi proses penghasilan sperma. Hal ini boleh menyebabkan ketidaksuburan lelaki.



Sumber: Google Image





Walaupun penyakit kronik yang dinyatakan di atas merupakan punca utama lelaki mandul, faktor persekitaran dan pemakanan juga boleh mempengaruhi kualiti sperma lelaki.


Jika faktor utama seperti pemakanan dan gaya hidup sihat tidak terjaga dengan baik, ia juga boleh menyebabkan kemandulan lelaki seperti:


1. Kemurungan (depression)
2. Minum alkohol secara berlebihan
3. Tabiat merokok
4. Berat badan meningkat sehingga menyebabkan masalah obesiti (gemuk)
5. Mengambil ubat atau suplemen seperti steroid untuk satu jangka masa yang lama


Umum kita tahu bahawa terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seorang lelaki itu mandul. Oleh itu, jika anda dan pasangan mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat, pastikan anda terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan dan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui masalah sebenar. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.062453 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list