|
Edited by Raline at 3-2-2022 04:24 PM
Familiku duniaku
BUBLE sentiasa mengutamakan keluarga berbanding karier seni.
HAMPIR 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Luisana Lopilato, penyanyi Michael Buble, 46, akan sentiasa mengutamakan keluarga berbanding kerjaya nyanyiannya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak dalam industri muzik, dia tidak mudah untuk mencapai keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.
"Salah satu pasti akan terluka, tapi saya tidak akan sesekali membenarkan pekerjaan saya mengganggu kehidupan saya sebagai bapa dan suami.
"Bagi saya, keluarga perlu sentiasa diberi keutamaan, kemudian yang lain adalah bonus. Saya selalu memegang prinsip integriti dalam apa saja yang saya lakukan dan apa yang saya capai hari ini adalah berkat sokongan keluarga," katanya.
Biarpun Buble sedar kerjaya nyanyiannya berada di puncak, namun dia tetap mengutamakan keluarga berbanding populariti atau kejayaan yang diraih sehingga hari ini.
"Segala kemasyhuran dan kekayaan yang saya miliki ini membuatkan saya berasa takut. Saya tidak membalas segala apa yang saya kecapi dalam bidang hiburan ini melainkan saya terus melakukan kerja yang saya cintai ini.
BUBLE dan Lopilato dikurniakan tiga cahaya mata.
"Bagaimanapun, saya sentiasa pegang prinsip mengutamakan keluarga dan membiarkan hal yang lain berjalan seadanya," katanya.
Menurut Buble, dia mengakui kelakuannya berubah sejak dia mengintai peluang dalam bidang seni.
"Seperti orang lain yang mahu masuk dalam bidang ini, mereka perlu membuktikan bakat dan berusaha keras setiap saat.
"Saya selalu bercakap mengenai perkara ini. Saya kerja keras untuk capai ke tahap ini. Saya amat berterima kasih kepada Tuhan kerana mengubah hidup saya dan menjadikan saya seperti sekarang," katanya.
Hasil perkahwinan Buble dan Lopilato, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Noah, 8, Elias, 6, dan Vida, 3.
https://www.hmetro.com.my/rap/2022/02/806485/familiku-duniaku
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|