CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia rampas minyak petrol cuba diseludup keluar

[Copy link]
Post time 2-2-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Minyak petrol yang cuba diseludup keluar berjaya dirampas.

SEMPORNA: Lebih 800 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran berjaya dirampas di Pulau Bum Bum, di sini semalam.

Rampasan tersebut dilakukan oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna yang menjalankan tugas Op Pluto Timur kira-kira jam 11 malam.  

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata sebelum itu, pasukannya mengesan sebuah rumah atas air dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

“Susulan itu, anggota Maritim menjalankan serbuan dan pemeriksaan, namun tiada individu ditemukan di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut telah menemukan 35 jerikin yang dianggarkan mengandungi sebanyak 875 liter minyak petrol bersubsidi,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, rumah tersebut disyaki dijadikan sebagai transit minyak petrol sebelum diseludup keluar ke negara jiran.

“Kesemua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM1,500 dibawa ke Markas Maritim Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik rumah tersebut serta dalang di sebalik kegiatan ini dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Norrimi berkata, Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatakuasaan di sekitar kawasan 'hot spot' terutamanya sekitar sempadan perairan negara.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau aktiviti jenayah maritim diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list