CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6655|Reply: 76

Di antara MDD atau Gangguan Jin/Sihir/Saka

[Copy link]
Post time 2-2-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Queen_DB at 2-2-2022 04:20 PM

Guys, please.. please I need your help.

Aku buntu. 4 tahun lepas Dr sahkan aku mengidap Major Depressive Disorder with Comorbid Anxiety Disorder. So bermulalah episod aku experiment makan ubat demi ubat lebih 2 tahun utk mendapatkan ubat dan dose yg betul2 sesuai dgn aku. Adalah perubahan walaupun kadang2 relapse. Ubat tidur pun dah tak perlu makan. Setahun lebih jugak lah aku kena makan ubat tidur every night. Sekarang aku masih lagi makan ubat MDD dan anxiety.

Zaman covid ni pulak  menjadikan aku rasa teruk balik especially my anxiety. Tapi tak adalah sampai kena warded macam dulu.

Anyway, sebelum aku disahkan sakit, 20 tahun dulu aku pernah direfer ke jabatan psikiatris jugak dan sempat makan ubat for a month or so before Dr bgtau aku yg aku ok but dia suggest aku berubat secara kampung. Dia rasa ada something tak kena dgn aku. Sebabnya aku collapse, tak sedar di pejabat & body aku shaking/bergerak tak boleh control. Tapi bila hospital check aku tak de sakit apa2.

So bermulalah episod aku berubat dari seorang ke seorang perawat/ustaz/tok bomoh selama berbelas tahun. Aku selalu dirasuk/tak sedar diri. Lebih 60 orang kot yg aku dah pergi jumpa termasuk arwah Dato Harun Din dll. Sampai peringkat aku give up dan stop berubat. Sebab tak ada perubahan. Nanti aku cerita apa yg aku kena, camna aku rasa, apa perawat buat.

Yg paling teruk aku pernah rasa nak terjun bila berdiri di balkoni & pegang pisau nak kelar tangan. Rasa ada benda berbisik pada aku.

Bila aku stop berubat at one point aku rasa worst. Pergi hospital Dr suruh aku buat ujian DASS then refer ke psikiatris. Walaupun ada improvement, aku masih lagi mimpi buruk2, tengah tidur kena ganggu, kadang menjerit, kadang ketawa, menangis, body jerking.. tak sedar & luar kawalan.

Patutkah aku pergi berjumpa semula dengan perawat? Kalau boleh aku memang tak nak bomoh yg bukan2 ni.. aku nak perubatan Islam yg tak guna jin2 ni.. sebab badan aku bertambah sakit nanti takut jin perawat datang tumpang pulak. Baru-baru ni aku dah mimpi menyusukan budak pulak. Lagi aku bertambah seriau.

Tolong bantu aku guys.. especially otai2 di sini. Apa patut aku buat? Ada tak sesiapa di sini yang ada masalah lebih kurang sama dengan aku? Kongsi boleh? Dan kalau korang ada kenal mana2 ustaz yg boleh korang rekemen, amat2 aku hargai.

Thank you in advance guys.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
hai.

aku ada masalah pasal kena rasuk2 ni lepas aku kawin....hati tak tenang..ade mcm benda yg bgtau apa apa...dah 6 tahun alami...sekarang mcm beransur juga pulih tp dgn suami entahlhaa.

boleh kalau ko nak cuba pegi kt satu tempat kt ktn tjg lumpur...aku pegi situ baru ni alhamdulilah keluar la benda yg tak sepatutnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ayana89 replied at 2-2-2022 09:02 PM
hai.

aku ada masalah pasal kena rasuk2 ni lepas aku kawin....hati tak tenang..ade mcm benda yg bgta ...

Hai ayana.. tq for sharing..

Kes kita sama, kena lepas kawin. Dah tentu2 lah bawak kesan pada hubungan suami isteri kan. Apa pun Alhamdulillah syukur ko dah ada improvement. Aku dah penah jugak macam2 benda keluar tapi sakit tetap berulang.

Masa pegi berubat Darul Syifa' dulu arwah DHD kata sihir. Tapi ada jugak perawat lain kata saka. Ntahlah. Aku tak kisah dah apa dia or sapa buat asalkan sihat. Pernahlah bazir RM2k konon bayaran utk buang saka ke Gunung Ledang. Haha.

Camne cara perubatan dia? Kalau tak keberatan share contact no org tu boleh? Ke PM pun boleh kalau sudi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Queen_DB replied at 2-2-2022 10:05 PM
Hai ayana.. tq for sharing..

Kes kita sama, kena lepas kawin. Dah tentu2 lah bawak kesan pada hub ...

erm nak cakap aku okay dgn suami still tak ok mcm takleh jumpa lelama...aku pjj...

dia baca ya hayuun ya qayum...zikir semua
perawat dia perempuan nama ina...kalau kita tak boleh keluarkan dia tolong keluarkan...

esok aku mcm nak pergi...sebab ni tetibe sedih yang mcm melampau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2022 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ayana89 replied at 3-2-2022 12:32 AM
erm nak cakap aku okay dgn suami still tak ok mcm takleh jumpa lelama...aku pjj...

dia baca ya ha ...

I feel u beb.. abis tu ko dok dgn sapa? Kalau ko sakit ada orang boleh jaga ko tak?

Ko sedih2 tu boleh tidur tak?aku jawab ni pukul 2.37 am means aku tak leh tidur lah ni.. Insomnia aku dah datang balik..huhu. Keep strong & keep fighting ok. Hanya org2 yg pernah lalui apa yg ko dan aku alami je boleh faham.

Btw, ko boleh rasa tak kalau benda nak dtg kacau ko? Aku boleh rasa.. especially bila nak tidur. bila nak dtg tu aku siap ckp kat laki aku, ni mcm nak kena attack dah ni. Dan aku sedar time aku kena rasuk/histeria tu. Org selalu ckp mana pulak org kena rasuk tu sedar. Ko sedar tak?

Aku sedar, cuma aku tak boleh control apa tindakan aku, apa yg aku cakap semua tu. Pernah sekali aku jumpa perawat yg guna kayu nona utk pukul badan aku nak paksa benda tu keluar.

Aku punya menjerit sakit. Ustaz tu boleh ckp pd mak aku 'benda' tu yg sakit, bukan aku. Lagipun dia libas pelan2, so kalau benda tu tak de dalam badan, aku takkan rasa sakit dia kata. Acik dia. Aku rasa nak mati ko. Rasa mcm pisau hiris2 badan aku. Punyala aku merayu cakap yg aku sedar, aku yg rasa sakit...tp ustaz tu balun jugak.

Mak aku sampai suruh ustaz tu berenti tak sampai hati tgk aku meraung. End up badan aku lebam2 satu badan penangan kayu nona..iskk.

Aku dok amalkan rukyah, baca 2 kali sehari..dan cuba fight..tapi makin fight makin menjadi. Kadang2 nak give-up.

Nanti update lah kalau ko jadi jumpa perawat tu. Jangan sedih2 tau. Aku kalau tgh sedih2 or marah sgt nti senang la benda tu dtg kacau.

Take care beb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2022 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Maceh sis @adila39 bagi kita tacang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 3-2-2022 08:26 AM

Selamat pagi... semoga Queen dan ayana tabah. i have no experience and xlayak langsung nak tulis lebih lebih sbb x lalui apa yg u all lalui.

i cuma boleh pesan takde apa yg lebih berkuasa dari Allah swt. So never ever give up. Semoga u all stay strong and dipermudahkan. I hope u all akan jumpalah perawat yg betul2 mampu membantu... and, u all sendiri is d key... stay strong and jgn takut lalui apa pun, sabar ya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Queen_DB replied at 3-2-2022 02:54 AM
I feel u beb.. abis tu ko dok dgn sapa? Kalau ko sakit ada orang boleh jaga ko tak?

Ko sedih2 tu  ...

haah semalam aku tak boleh tidur. tak tahu kenapa...pastu aku sedih ni...rasa nak nangis tapi tak tahu kenapa...kadang aku boleh tahu juga dpt rasa tak sedap2 badan mcmtu...

suami ko support okaylaa suami aku lelama dia mcm tak percaya benda2 mcmni...dia cakap aku je yg beremosi...

aku pun byk tempat dah pegi...psikatri pun aku jumpa...kalau ko pasang rukyah jadi pape tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 3-2-2022 08:24 AM
Selamat pagi... semoga Queen dan ayana tabah. i have no experience and xlayak langsung nak tulis leb ...

thank you beb.

dulu sebelum kahwin tak pernah n tak sangka juga kena mcmni...

doakan kami kuat sebab sebenarnya diri sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2022 03:16 PM | Show all posts
adila39 replied at 3-2-2022 08:24 AM
Selamat pagi... semoga Queen dan ayana tabah. i have no experience and xlayak langsung nak tulis leb ...

Selamat petang sis adila

Thank you so much for your kind words. Really appreciate it. Tak apa, tak semestinya bila tak lalui tak layak untuk tulis sepatah 2 kata bagi kata2 nasihat or semangat. By reaching out to us like this, at least we know someone cares enough to read and write back words of encouragement. That's more than enough. In sha Allah, we'll keep fighting dan terus berikhtiar mencari penyembuhnya. Kadang2 bila orang pergi perawat A, dia sembuh tp bila orang lain pegi tak sembuh. Tak serasi orang kata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2022 03:31 PM | Show all posts
ayana89 replied at 3-2-2022 10:39 AM
haah semalam aku tak boleh tidur. tak tahu kenapa...pastu aku sedih ni...rasa nak nangis tapi tak  ...

Setahu aku orang sakit macam kita memang susah nak tidur. Kalau tidur pun mimpi yang bukan2. Mimpi ular lah, terbang lah, orang mati lah, gigi luruh lah dll..macam2 benda yg menakutkan. mungkin lain orang lain yg di mimpi. Tapi bila pergi psikiatris Dr kata kita overthinking. Emosi mudah terganggu, sedih terlampau.. tu yg kadang2 confused, kita tak leh beza..kita ni sakit mental kah, sakit gangguan benda ghaib.

Ko pergi psikiatris Dr bagi ubat tak?aku admit ubat tu ada bantu jugak dgn kawalan emosi aku..tp after 4 years bila aku tetap dapat gangguan Dr pun suruh aku ikhtiar jumpa perawat sama. Tapi ubat tak boleh stop. Kena berubat concurrently. Nak cari perawat yg sesuai tu yg payah. Lagi2 ramai sgt sekarang ni yg claim mcm2. Yg claim boleh nampak jin & transfer keluar dari badan ni aku dah jumpa ramai, tapi ntah ye ntah tidak. Aku skeptikal. Benda tak nampak kan.

Aku ni nak kata laki 100% support pun tak jugak. At the end of the day, semuanya terpulang dan bergantung pada diri kita sendiri jugak. So kita mesti kuat beb. Aku bila dapat gangguan, satu badan, segala sendi2 aku akan sakit tak boleh bangun. Sehari 2 lah aku terbaring. Nak buat apa pun tak larat. Dengan anxiety lagi, berkurunglah rumah.. sebulan sekali nak keluar pun payah. Nasib baik aku dah early retirement.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hi TT. i feel u. masa mula2 sblm i diagnose with MDD i pun ada mistik experience. katanya sbb kita sakit cmni kita jadi vulnerable..so benda2 cmni senang dtg kt kita. ada parts i cm percaya ada parts i susah nk prcaya. sbb i bukan jenis yg sng percaya benda2 mistik ni. so masa tu i op untuk teruskn rawatan psy. bila i pindah all of sudden benda mistik tu hilang. ustat kata benda tu i dh buang. maybe ada brg yg "org" (duno who) dh kasi yg i dh buang masa i clear my house untuk pindah. wallahualam. atas diri kita smua ni sbrnya. i ada bod mental health juga. blh checkout experience org lain kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Queen_DB replied at 3-2-2022 03:31 PM
Setahu aku orang sakit macam kita memang susah nak tidur. Kalau tidur pun mimpi yang bukan2. Mimpi ...

Stay area mana sis? Adik sy boleh berubat, bukan ustaz, tp anugerah tuhan bg pd dia, hijab dia terbukak luas. Boleh try kalau sis nk try, selebihnya beserah. Mana nk tahu kan Allah makbulkan doa adik sy utk rawat sis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Queen_DB replied at 3-2-2022 03:31 PM
Setahu aku orang sakit macam kita memang susah nak tidur. Kalau tidur pun mimpi yang bukan2. Mimpi ...

eh mimpi gigi tu betul lah...bru ni aku mimpi...tp tandanya ape yeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2022 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ayana89 replied at 3-2-2022 05:55 PM
eh mimpi gigi tu betul lah...bru ni aku mimpi...tp tandanya ape yeee

Oh lupa nak jawab pasal rukyah. Aku kalau pasang rukyah kadang ok, kadang ada masa mcm ada benda nak melawan.

Yang gigi tu setau aku ada kaitan dengan jin2 ni jugak. Ko jadi pegi berubat tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
acikrengsa replied at 3-2-2022 04:53 PM
Stay area mana sis? Adik sy boleh berubat, bukan ustaz, tp anugerah tuhan bg pd dia, hijab dia ter ...

Alhamdulillah..bagusnya.. Tq for sharing.

Saya skrg tgh cuti, u stay mana ye? Adik u lelaki ke perempuan?Umur berapa? Perubatan dia macamana? Sorry lah ye banyak pulak tanya. Sebab dulu pernah jugak berubat dgn sorg budak ni, org gelar dia Ustaz Budak.
Boleh PM details tak kalau tak keberatan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 3-2-2022 04:49 PM
hi TT. i feel u. masa mula2 sblm i diagnose with MDD i pun ada mistik experience. katanya sbb kita s ...

Tqvm sis for sharing. I'll check it out .

Stigma masyarakat utk org mcm kita ni masih menebal. It's definitely not easy kan.. pastu ramai pulak yg acah2 self-claimed, self-diagnosed. Diorang ingat best kot dapat anxiety or MDD ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nia_salina at 4-2-2022 08:57 AM
Queen_DB replied at 4-2-2022 07:41 AM
Tqvm sis for sharing. I'll check it out .

Stigma masyarakat utk org mcm kita ni masih menebal. It ...


exactly. cek kt my bod ada a few experience the same thing. i mmg galakkan pegi jumpa pakar jgn diagnose diri sndiri. bab berubat ni ok la u ikhtiar. u ikut diri u wat u feel u trust. not only ppl perception cmtu. ada yg ckp kita tak back to agama n all tat
gd luck to u ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2022 11:27 AM | Show all posts
nia_salina replied at 4-2-2022 08:56 AM
exactly. cek kt my bod ada a few experience the same thing. i mmg galakkan pegi jumpa pakar jgn di ...

Hai Nia,

I dah baca semua from page 1 to understand your situations. Tak pe ye I reply kat sini? First of all I'm so sorry to know about your predicament. I tak ada anak kecik nak bantu u with the clothes. I sincerely hope by now at least your shopee dah up & running. Begitu jugak dgn WFH job. I wish you the best of luck with that.

I understand what you are going through and I know it's really hard. A part of you want to work, but a part of you are afraid, anxious, worried, tired etc. Afraid of what if.. what if I couldn't handle the work, the stress.. what if I feel down suddenly. Banyak benda nak fikir. That's why I pun lagi selesa meluah di sini. Kalau kita cerita dengan orang yg kita kenal, nanti macam2 diorg anggap. Nanti kata kita malas lah, saja tak nak buat lah.. so judgmental.

The thing I notice people like us (plu) are always tired. Drowsy. Tapi at least you still can force yourself to get up and try to get things done. Maybe because u ada anak kecik. Mahu tak mahu u kena jaga, bagi makan diorang dll. So in a way, u ada benda to keep u and keep your mind from overthinking. Although at the same time u must be very tired to attend to them.

One thing I learn is never skip your meds. Memang I dulu pun drowsy gilerrr the first year makan ubat. Dengan ubat tidur lagi. Tapi bila dah dapat dosa yg sesuai dan off ubat tidur I dah boleh bangun pagi without feeling too tired or drowsy. So boleh la get through the day.

Slowly your emotions and feelings will improve. Dulu I sampai peringkat tak ada perasaan langsung. You feel nothing, numb. Sedih tak, happy tak. I tanya jugak my Dr bila I boleh stop my medication. Dah rasa lama sangat. Dr cuma lower my dose, tapi still kena ambik sampai sekarang. But of course bila once in a while ada benda yg trigger your mood & emotions benda tu akan affect your mental balik.

Take care ye Nia. Hope today you are much better.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 3-2-2022 04:49 PM
hi TT. i feel u. masa mula2 sblm i diagnose with MDD i pun ada mistik experience. katanya sbb kita s ...

Cakap pasal pindahkan. Teringat bila i travel overseas. Semua sakit hilang. Bila bercuti hilang sakitnya. Orang kata kite berubah angin. Kawan i gerd teruk pun alami benda ni. Tapi dia kata mengingkut ceramah dia tengok; sebab badan kite keluarkan mood happy.  Tapi tah la. Sakit tu kite je rasa. Cume i berdoa, kalau betul melibatkan benda mistik. Tak ada siapa lebih berkuasa kecuali Allah SWT.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074574 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list