|
PRIYAMANI
Priyamani ‘selar’ industri Bollywood
AKTRES Priyamani mendedahkan lompong dunia Bollywood yang sering memaparkan golongan India Selatan bertutur dengan aksen sebagai tersaksi dalam filem-filem Hindi.
Kata bintang siri The Family Man itu, suatu ketika dahulu, golongan berasal Kerala atau Chennai selalu dilihat dengan pandangan stereotaip hanya boleh bercakap menggunakan dialek tempatan.
Namun aktres itu bersyukur apabila trend tersebut semakin pudar dek kemunculan bintang-bintang dari India Selatan seperti Sridevi, Rekha dan Hema Malini.
“Mujur ada bakat seperti mereka yang mengubah industri Bollywood dan mewakili masyarakat Selatan.
“Dahulu pihak produksi akan menampilkan seolah-olah orang India Selatan tidak boleh bertutur bahasa Hindi dengan betul,” ujarnya dengan nada mencebik.
Pelakon kelahiran India Selatan itu mempunyai portfolio filmografi yang cukup mengagumkan menerusi penggunaan bahasa berbeza seperti Telugu, Tamil, Malayalam dan Kannada menerusi naskhah lakonannya.
SUMBER:https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... industri-bollywood/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|