View: 1526|Reply: 3
|
Risiko Kerap Kurung Kucing Dan Bila Waktu Sesuai Kucing Diletakkan Dalam Sangkar
[Copy link]
|
|
Bimbang hilang atau dicuri, ada beberapa pemilik kucing lebih gemar mengurung kucingnya didalam sangkar, tetapi tindakan itu sebenarnya merupakan perbuatan yang dapat memberikan kesan negatif kepada kucing dan perlu dihindari sekiranya tiada sebarang keperluan untuk berbuat demikian.
kredit foto: Little-Robot
Menurut Mstar, ada dua risiko utama membiarkan kucing duduk di dalam sangkar untuk tempoh yang lama.
- Lebih mudah alami tekanan
Perkara utama yang akan berlaku jika berterusan mengurung kucing anda di dalam sangkar adalah si bulus akan berasa bosan dan tertekan, perlu diingatkan yang kucing adalah haiwan liar dan bersifat teritorial, mereka memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan pelbagai perkara tanpa sebarang sekatan.
kredit foto: iCatCare
Ketika kucing dikurung mereka akan berasa bosan dan tertekan, apatah lagi duduk didalam kandang yang sempit dan tak tahu nak buat apa-apa. Apabila kucing dalam keadaan tertekan, haiwan ini lebih mudah jatuh sakit selain mendapat masalah kemurungan.
Menjadi lebih agresif
Selain bosan dan tertekan, kucing yang terus dikurung dalam kandang boleh berubah menjadi lebih agresif dan berubah sikap seperti mengigit atau mencakar orang di sekelilingnya, perubahan sokap itu sebenarnya satu tindak balas seolah-olah membalas dendam kerana dipaksa kurung terlalu lama dan tak bergerak aktif.
kredit fotoL CDE
Waktu yang baik untuk mengurung kucing, adalah saat kucing betina melahirkan anak, mengurungnya akan membolehkan pemilik memeriksa keadaannya sebelum dan selepas melahirkannya. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan juga sesuai letak didalam kandang sehingga usianya mencecah dua tahun.
Selain itu kucing yang sedang sakit lebih baik diasingkan agar tidak menjangkiti kucing lain. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kucing jap je besar ... 6 bulan dia dah cukup besar utk dilepaskan .. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana pula jika letak di sangkar sebab suke memancut n bergaduh |
|
|
|
|
|
|
| |
|