CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 9

[Tempatan] Ibu bapa khuatir guru berpolitik akan ‘racun’ anak dengan fahaman parti

[Copy link]
Post time 31-1-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Segelintir ibu bapa khuatir langkah membenarkan guru berpolitik akan meracuni pemikiran anak mereka dengan fahaman parti politik, lagi-lagi jika cikgu berkenaan mahu merekrut ahli baharu.

Berkongsi kegusaran itu dengan FMT, Nasuha Badrul Huzaini, tertanya bagaimana seorang guru mahu memberikan komitmen yang tinggi kepada murid jika pemikirannya sibuk dengan hal politik.

“Tidak mustahil pengajaran di dalam kelas akan dijadikan sebagai ruang untuk berbicara hal politik. Jangan doktrinkan anak-anak dengan (fahaman) parti politik. Fokuslah pada kerja hakiki,” katanya.

Nas Norziela Nasbah juga tertanya bagaimana seorang guru berpolitik akan mengimbangi kerjaya yang sibuk dengan aktiviti kepartian.

“Apabila guru berkenaan didapati tidak hadir ke sekolah kerana terdapat urusan kecemasan…bila dapat tahu bukan kecemasan tetapi urusan parti. Bila jadi macam itu adakah wajar kita benarkan guru sekolah berpolitik?” soalnya.

Beliau menggesa Kementerian Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bertemu dengan semua pihak berkepentingan dan menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi guru yang ingin bersilat di arena politik.

“Jangan bawa masuk masalah politik dalam bilik darjah,” tegasnya

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu mengumumkan kerajaan membenarkan guru untuk berpolitik, berkuatkuasa serta-merta. Kebenaran itu katanya bagi menghormati prinsip demokrasi.

Seorang guru yang enggan namanya didedahkan mempersoalkan apakah jaminan seorang cikgu itu boleh fokus mengajar ketika khidmatnya turut diperlukan parti.

“Kerja di sekolah sudah menimbun, ada hati nak berpolitik. Bayangkan nak pilihan raya nanti tak pasal-pasal bilik guru jadi markas untuk berkempen,” katanya.

FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa mende la korg risau kan. Aku lg risau dgn cikgu2 skit2 ckp dgn murid saya tk halalkan ilmu awak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lg risau dgn cikgu sbuk bawak murid ke sana ke sini. Pakai baju tnjuk bontot utk ckgu gay la. Ckgu prempuan sbuk ke sana sini jual produk MLM
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu gayah yg toron montot ank murid mak bapak x risau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 03:02 PM | Show all posts
Off topic tapi lebih kurang...

Suatu ketika dahulu aku pergi IT training di satu training centre swasta. Daripada training seminggu tu,boleh kata hampir separuh waktu training tu trainer bercerita pasal teori konspirasi. Siap tayang video lagi. Dari situlah aku dapat tahu cerita lizard people,freemason,alien,nwo semua tu. Trainer tu mcm dah berusia jugak la.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 03:11 PM | Show all posts
zaman akak sekolah dulu esp sekolah menengah, memang ada cikgu selit2kan fahaman politik dia org dlm pengajaran... politician ni baik, menteri tu jahat.
secara halus soh kita org jd subversive pun ada akak masa form 3 dah tahu maksud anarki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2022 03:12 PM | Show all posts
tidak adil membenarkan hanya cikgu utk berpolitik, mcm hak askar, polis, kastam, imigresen, pejabat tanah nak berpolitik juga? apa keistimewaan guru sahaja dibenarkan berpolitik?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 03:17 PM | Show all posts
ultra78 replied at 31-1-2022 03:02 PM
Off topic tapi lebih kurang...

Suatu ketika dahulu aku pergi IT training di satu training centre sw ...

entah2 dia byk koleksi topi aluminium foil kat rumah











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 04:53 PM | Show all posts
Bukan semua minat pasal politik pada peringkat umur macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu lagi cikgu2 dah boleh berpolitik..tapi mesti pro pemerintah..bila start era repobasi,cikgu beralih jadi pembangkang,barulah larangan cikgu terlibat politik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067344 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list