CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Sabah] Penutupan sekolah pencetus kluster COVID-19 adalah wajar

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:16 PM | Show all posts |Read mode


MASIDI

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan negeri menutup sekolah yang diisytiharkan sebagai pencetus kluster COVID-19 adalah wajar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tindakan diambil bagi melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada dijangkiti selain  memastikan penularan dapat dibendung dan tidak merebak ke tempat lain.

“Pihak pengurusan sekolah termasuk guru, murid serta ibu bapa agar diharap mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan melalui pelaksanaan tindakan drastik ini termasuklah penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) secara ketat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, Sabah kembali mencatatkan kes baharu dibawah paras 300 dengan mencatatkan 267 kes iaitu pengurangan sebanyak 91 kes berbanding hari sebelumnya.

Menurutnya, 16 kes baharu dicatatkan daripada kluster aktif di negeri ini.

Katanya, hampir 17 peratus atau 45 kes adalah melibatkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin, manakala 13 orang lagi pesakit adalah mereka yang belum divaksin walaupun layak memperolehinya.

Dalam pada itu katanya, lapan daerah mencatatkan kes harian dua angka dengan Tuaran mencatatkan kes paling tinggi mencecah 55 kes baharu.

“Beberapa daerah turut merekodkan kes tinggi ialah Sandakan dan Kota Kinabalu masing-masing 53 kes, Tawau 22 kes dan Penamapang 14 kes.

“264 daripada 267 kes hari ini adalah dalam kategori satu dan dua manakala satu kes bagi setiap kategori tiga hingga lima,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054829 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list