CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sabah] 500 anak pokok bakau ditanam di Hutan Simpan Lema'as

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:11 PM | Show all posts |Read mode


BERBAKTI: Sekumpulan sukarelawan yang sedang menanam anak pokok bakau.

KOTA BELUD: Para sukarelawan dari AEON Credit Service (M) Berhad telah menanam 500 anak pokok bakau di Hutan Simpan Lema'as melalui Projek Penanaman Pokok Bakau, baru-baru ini.
Sejak 2018, AEON Credit iaitu syarikat penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terkemuka di Malaysia telah terlibat secara aktif dalam projek yang diadakan setiap tahun itu.

Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021 telah membantut usaha ini.

Sehingga projek terakhir pada tahun 2019, sukarelawan AEON Credit di Sabah telah menanam 400 anak pokok bakau bersama-sama dengan KK Wetlands Society.

Pada tahun ini, projek anjuran bersama KK Wetlands Society telah menanam 500 anak pokok bakau di Hutan Simpan Lema'as, iaitu Hutan Simpan Bakau Kelas V, di sini, dalam usaha memulihara biodiversiti negeri di samping menambah baik kualiti persekitaran semula jadi dan sungai.

Jurucakap AEON Credit berkata, dengan bekerjasama dalam projek ini, syarikat itu dapat memelihara dan memulihara biodiversiti semula jadi negara, termasuk rizab bakau.

"AEON Credit memahami bahawa hutan paya marin adalah penting kerana fungsinya sebagai benteng hakisan ombak dan tapak semaian untuk pembiakan hidupan marin dan ia juga mempunyai keupayaan sebagai simpanan karbon yang lebih tinggi daripada jenis hutan tanah pamah yang lain.


"Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kelestarian alam sekitar, AEON Credit sentiasa menggalakkan kakitangannya memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Selain daripada projek di Sabah, sukarelawan AEON Credit telah, pada 2019, menanam 1000 spesies pokok hutan terancam di Hutan Simpan Sabal yang terletak di Kuching, Sarawak," tambahnya.

Sejak 2018, AEON Credit juga telah giat menjalankan aktiviti pembersihan pantai dan sehingga kini, sukarelawan terdiri daripada kakitangannya sendiri telah berjaya membersihkan lebih daripada 20 tan sampah untuk melindungi hidupan laut.

"AEON Credit percaya bahawa dengan terus mematuhi piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang diterima pakai oleh Kumpulan, ia boleh terus membawa nilai yang sangat besar bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi juga kepada alam sekitar," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/29

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047638 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list